Isnin, Januari 18

KALIAN JUGA BERHAK UNTUK BERJAYA




Hari Jumaat lepas, aku dapat kelas ganti klaz 6 Al Razi...kelas yang paling corot dlm 4 kelas di skolah aku..aku rasa mcm kosong je..nak cite pasal apa ekk kat diaorg semua ni...nak ajo matematik..jap lagi 1jam masa aku ajo matematik ngan diaorg...bagi le diaorg free sikit...rehatkan minda...cian diaorg ni..bukannya boleh dipaksa belajo gile2 sgt...kan lagi bagus kita wujudkan perasaan dihargai dan terima hakikat bahawa mereka xsebagus rakan2 mereka yang lain dalam pendidikan...walaupun camtu ini xbermakna mereka tidak bole berjaya..kita cubalah pelan2, kene sabo, wujudkan raa minat belajo kat mereka, rasa minat datang ke sekolah, aku rasa mereka akan berjaya sbb diaorg ni xdelah nakal atau kurang ajo..
aku suka ngajo kelas diaorg ni...nakal sikit2 tu beselah nama pun bebudak...nama yang paling glamour kat klas tu ialah taufiq( anak yatim..mak dia dah meninggal), afiq ketua klaz, saifuddin( cian budak ni ada potensi nak berjaya, muka hensom, tapi slalu xdtg sekolah sbb malu dirinya sengau), semuanya ada 17org. Sebenonya aku berazam pada diri sendiri...tahun ini aku akan pastikan mereka2 ni sekurang2nya lulus dalam subjek matematik....insyaAllah...

Akhirnya aku dapat idea camne nak buat ngan budak2 ni utk memenuhi masa realif aku kat klaz ni...puas menunggu pelajar2 saya memikir apa yang baiknya tentang diri mereka, aku pun menukar strategi.


aku edarkan 3 helai kertas A4 setiap seorang
pelajar lelaki ada 11 orang, pelajar perempuan ada 6 orang


"lipat kertas kepada 8 petak, kerat/potong menjadi 8 segiempat tepat.
pada setiap helai kertas segiempat kecil itu tulis 1 nama rakan kamu dalam kelas. Setiap rakan dalam kelas ini, namanya akan kamu tulis pada setiap helai kertas kecil itu. Semua rakan. Jangan tertinggal satu pun. Lelaki tulis nama kawan2 lelaki sahaja, perempuan tulis nama kawan perempuan sahaja. Nama kamu sendiri tak perlu"

sibuklah masing-masing melipat dan mengerat.

"Ok. dah tulis nama kawan2 dalam kelas ni?"
"Sudah....cikgu"

"Baiklah, saya mahu kamu tulis 1 perkara yang baik atau yang kamu suka bagi setiap nama yang terdapat pada kertas segiempat yang kecil itu. Dah tulis, lipat, jangan beri orang lain baca"

Setiap pelajar lelaki ada 21 helaian kertas segiempat kecil yang perlu ditulis 1 perkara baik tentang setiap rakannya dalam kelas.
Yang perempuan pula ada 13 helaian kecil.

Saya terbaca satu darinya.
Nama rakannya: Black
perkara baik tentang Black: cool

Bila sudah siap, masing-masing perlu memberi kertas yang bertulis, pada pelajar yang namanya tertera.

Waktu ini, suasana agak riuh sedikit di kelas.
Pelajar-pelajar ke sana sini , mencari rakannya untuk diberi kertas bernama mereka.

Saya lihat ramai yang tersenyum bila membaca helaian kertas yang diterima khas untuk diri sendiri. Membaca apa yang baiknya tentang diri mereka dari kaca mata rakan mereka sendiri.

Kalau yang lelakinya, mereka terima 10 perkara yang baik tentang mereka,
yang perempuan pula ada 5 perkara baik tentang diri sendiri.


Saya pasti ramai antara mereka tidak pernah dipuji, malah tidak tahu pun kelebihan diri masing-masing.

Ramai yang tersenyum. Seolah membaca surat cinta dari kekasih hati.

"Boleh saya baca?"
"Tak boleh lah cikgu, rahsia" beritahu pelajar yang tidak ingin bersikap riak sebentar tadi.
Tapi bibirnya mengukir senyum sambil mengulang-ulang baca setiap kertas yang tertulis apa yang baik tentang dirinya.

Saya berpendapat, peringkat remaja yang penuh dengan kecelaruan identiti, memerlukan kata putus dari rakan sebaya untuk membenarkan sesuatu yang baik untuk diri. Jika rakannya menyatakan beliau cool, itulah yang dipercayainya.

Kata-kata saya sebagai guru tidak diterima secara putus andai rakannya tidak bersetuju. Ini kerana mereka tidak yakin dengan keunikan diri sendiri, tetapi ingin lari dari kelompok pelik supaya dapat bersama-sama serta diterima oleh rakan sebaya.

Saya juga begitu dulunya. Hanya sekarang ini barulah saya mengerti bahawa saya juga punyai sifat tersendiri yang patut saya berbangga dari dulu.

Kembali semula ke kelas......

Apabila loceng balik berbunyi, saya lihat beberapa pelajar lelaki yang pada firasat saya, pelajar-pelajar yang agak nakal, melipat helaian-helaian kertas tentang diri mereka dengan cermat dan menyimpan dalam poket baju.

Pada saya menyimpan di poket baju seolah-olah menyatakan bernilainya isi kertas tersebut, berbanding menyimpannya di poket seluar.

Semasa menuruni anak tangga, saya juga tersenyum seperti mereka. Mereka pon mahu dihargai dan difahami dan sedang mencari kelebihan, kebaikan yang ada pada diri masing-masing yang diiktiraf oleh rakan2 dan insan2 yang rapat ngan diri mereka..seperti kita..apa salahnya kita cuba memahami mereka..terima mereka seadanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan