Jumaat, Januari 1

'PUTUS ASA' RACUN KEHIDUPAN


'PUTUS ASA 'Merupakan satu perkataan negatif yang akan memberi kejatuhan dan kerendahan diri kepada diri setiap insan yang ada pada diri mereka. Termaktub dalam Al-Quran bahawa manusia sering patah hati, mengalah dan berputus asa. Berputus ada dan cepat mengalah sendiri adalah penyakit hati yang perlu diubati.

Namun perlu diingatkan kepada diri sendiri bahawa setiap cubaan dan dugaan yang hadir adalah merupakan ujian untuk memperlihatkan ketekunan dan kesungguhan kita melakukan sesuatu pekerjaan mencipta masa hadapan. Tiada perlu putus asa dengan kesusahan yang sedikit ini. Teruskan bersyukr. Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal dan syukur.

Apabila berada dalam kesakitan mahupun dalam kegagalan teruslah berusaha untuk mencari penawar penyakit dan melepaskan diri dari kegagalan seterusnya menuju ke arah kejayaan.

Jangan pernah berhenti berusaha. Kata-kata positif menjadi satu langkah untuk terus berusaha. Jadikan impian sebagai perangsang untuk mengecapi apa yang diusahakan. Letakkan matlamat diri di tempat-tempat yang mudah dilihat dan diperhatikan oleh kita setiap hari. Ia adalah menifestasi yang amat berkesan apatah lagi untuk mengelakkan kita cepat mengalah dan berputus asa.

Maxwell Maltz dalam bukunya Psycho-Cybernetics menyatakan “jangan pernah menyerah pada kelemahan-kelemahan Anda.” Maksudnya di sini adalah tukarkan kelemahan kepada kekuatan. Diperlukan perubahan mendadak untuk mengelakkan kelemahan dalam diri yang mana bakal dijadikan ancaman. Namun, seelok-eloknya lakukan perubahan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Jangan pernah berputus asa!

Kata-kata adalah doa untuk terus tidak mengalah dan berputus asa. kesilapan orang kita adalah apabila dalam keadaan sakit asyik berkata. 'Aku sakit. Entah bilalah hendak sembuh'. Perkataan yang asyik diulang adalah sakit sahaja. Ia menjadikan dirinya akan terus sakit.

'InsyaAllah dengan usaha yang aku lakukan pasti aku akan sembuh. Doakan aku bersama-sama.' Manifestasi diri ke arah diri lebih positif akan menjadikan diri semakin yakin dan percaya ke arah lebih baik serta positif.

Sekali kita mengalah atau berputus asa, akan menjadikan kita terlepas dari peluang untuk mendapat perkara yang lebih baik untuk masa hadapan. Bukankah kita semua tahu bahawa semua apa yang terjadi pasti mempunyai hikmah tersendiri. Dalam erti kata lain ianya pasti mempunyai kebaikan yang sama ada kita sedar atau tidak.

Jadilah seperti Rasulullah yang tidak mengenal kalah dan berputus asa dari pelbagai rintangan dan cubaan melanda kepada diri baginda. Baginda tetap meneruskan usaha dan perjuangan baginda memartabatkan agama Islam yang tercinta. Tetaplah bersabar dan terus berusaha.

Cuba kita fikirkan bagaimana sekiranya pencipta-pencipta sebelum ini jika mereka mengalah dan berputus asa atas hakikat percubaan mereka. sebagai contohnya Thomas Alva Edison dalam penciptaannya yang memberikan sinar cahaya kepada semua. Apakah yang beliau ciptakan? Ianya adalah mentol. Diperkatakan yang mana belaiu telah gagal beribu-ribu kali banyaknya. Ada yang menjelaskan beliau telah menghadapai 99% kegagalan sebelum mendapat kejayaan 1%. Ada pula yang mengatakan 1000 kali beliau gagal dan cuma kali ke 1001 barulah beliau berjaya dalam penciptaannya.

Kita sememangnya diuji dengan pelbagai dugaan. Bersabarlah. Gagal bukan bermaksud kamu akan gagal buat selama-lamanya. Mungkin masanya akan tiba tanpa kamu sedari. Ambil pengajaran daripada kegagalan yang telah berlaku. Ubah strategi perlaksanaan dari apa yang kamu lakukan sebelum kamu gagal itu.

Gunakan 'trial and error approach' ataupun dalam erti kata lain mencuba dan terus mencuba.Bersemangatlah dan teruskan berusaha. Bertemu kita di mercu kejayaan.

Mari merentas masa hadapan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan