Jumaat, Januari 15

Kejayaan : Destinasi atau Perjalanan

Jika ditanya seorang usahawan kecil yang baru memulakan perniagaan. "Apa yang akan membuatkan beliau puas hati sepuas-puasnya ?". Jawapan yang diberi adalah "saat apabila mendapat wang sebanyak RM 10,000".

Selepas mendapat wang itu, jika ditanya lagi "apa yang akan membuatkan beliau puas hati sepuas-puasnya ?" . Akan dijawab beliau "saat apabila mendapat RM 100,000".

Selepas mendapat kekayaan itu, jika ditanya lagi, "apa yang akan membuatkan beliau puas hati sepuas-puasnya ?". Akan dijawab beliau "saat apabila mendapat RM 1 juta"

Begitulah seterusnya.....

Sudah menjadi lumrah manusia yang inginkan kemajuan demi kemajuan. Tidak ada salah langsung untuk kita mengejar kemajuan demi kemajuan ini, asalkan kita juga mempunyai sifat syukur.

Jika begini situasinya, apa sebenarnya kejayaan ? Perjalanan atau destinasi ?

Kita sebenarnya mengejar perasaan kejayaan dalam diri kita. Perasaan ini lahir sewaktu kita sedang mengejar dan apabila kita sampai ke destinasi tersebut, kita akan mula untuk mengejar kejayaan yang seterusnya.

Kita mengejar perasaan, bukan benda yang kita letakan sebagai alat ukur (Duit, rumah, kereta dsb.).

Lebih banyak usaha yang kita lakukan untuk mengejar perasaan ini, lebih tinggi kebahagiaan yang kita bakal kecapi.

Cuba kita tanya kepada orang yang berjaya di sekeliling kita "Bilakah saat anda paling gembira dalam hidup anda ?"

Jawapan yang kita akan terima adalah mengenai kesusahan masa lepas yang beliau pernah lalui. Samada menyewa pejabat di kawasan yang murah, menggunakan perabot yang rosak, menaiki motosikal buruk untuk membuat pemasaran, menyewa rumah murah dan sebagainya.

Cuba pembaca sendiri renung pada zaman kesusahan dahulu, tentu kita akan mengenang masa lepas yang kita berusaha keras itu sebagai masa yang bahagia.

Jadi apa kita perlu buat sekarang ?

Jangan patah semangat atau sedih dengan keadaan perniagaan anda sekarang. Kita teruskan usaha kita. Lebih banyak usaha dan pengorbanan kita, lebih bahagia kita mengenangkan saat ini.

Satu hari nanti, duit yang kita rasakan banyak, tidak lagi banyak. Rumah yang kita lihat besar, tidak lagi besar. Kereta yang kita lihat mewah, tidak lagi mewah. Kerana semua ini sudah mampu untuk kita miliki.

Yang kita tidak mungkin akan miliki adalah saat ini. Duit sebanyak mana yang anda dapat pun, tak dapat membeli saat ini.

Hargai saat ini. Berusaha lebih keras untuk kebahagiaan lebih besar.

Selamat Berjaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan