Khamis, Januari 14

"APA GUNANYA ASYIK MARAH2 JE....

masa kecik wajib kena marah dengan mak&ayah
di sekolah kena lagi - dengan cgu amirul_ummar
dan kerja kena lagi dengan boss.
dah berkahwin.kena lagi
ASYIK KENA MARAH

marah tu apa.
sejenis emosi yang sifatnya semulajadi.marah berpunca dari
perasaan tertekan
merasa dizalimi
dikhianati
diperkecilkan

BAGAIMANA PERASAAN INI BERTAPAK
iman al ghazali menyatakan dalam ihya' ulumuddin
perasaan marah umpama ubat yang berguna tetapi haruslah digunakan secara berhemah.
sebaliknya bertukar menjadi racun seandainya tidak digunakan dengan sewajarnya.
marah adalah cebisan api neraka yang bernyala dilubut hati
apabila perasaan marah membara akan terpancarlah sifat2 keji yang terpendam dalam hati

setiap insan yang sombong dan bongkak
BEZA ANTARA MARAH DAN PERMUSUHAN
marah sifatnya adalah sementara
permusuhan sifatnya adalah kekal

BAGAIMANA KALAU MARAH DAN KEBENCIAN BERGABUNG.
menurut iman al ghazali lagi
dikala marah beberapa perubahan akan dizahirkan
warna kulit berubah
kaki dan tangan menggeletar
perilaku lain dari kebiasaan
gerak geri tidak tentu arah
muka merah padam

ORANG YANG MARAH SETERUSNYA
mencaci
maki hamun
mengherdik dan menengking
menjerit

LAGI TERUK KALAU
memukul
menyerang
membunuh
malah ada yang menganiaya diri sendiri

SETERUSNYA
perubahan pada tubuh badan menanda kerosakan pada
batinnya terutamanya hati.
hati yang telah berkarat ini akan membiakkan
sifat dendam.sombong.angguh.

APA PENGAJARAN CERITANYA
kemarahan yang dizahirkan tidak pada tempat dan
keadaan adalah gangguan besar dalam mana2 hubungan sosial.
dikirakan ini adalah penyakit.
secara peribadinya sifat ini dikaitkan dengan persoalan karektor yang dibentuk dari persekitaran.dan membiak membentuk satu kepercayaan.
ini dikaitkan dengan sifat agresif.

UNTUK ITU MARI KITA AMALKAN KONSEP
menang - menang.
kerana di hujung tidak ada yang marah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan