Jumaat, Januari 1

DOA UNTUK INSAN2 YANG KUSAYANG…




Ya Allah

panjangkanlah umur isan2 yang kusayang

Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,

terangi hatinya dengan nur pancaran iman.

Tetapkanlah hatinya,

perluaskanlah rezekinya,

dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,

jauhkanlah hatinya pada kejahatan,

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia

dan akhirat


Ya Muhaimin

jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati

seseorang yang hatinya tertaut padaMu

agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.

jika dia rindu, rindukanlah dia

pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu


Ya Allah

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu

jika kau halalkan aku merindui insan2 yang kusayang,

janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,

rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu


Ya Allah…

kurniakanlah insan2 yang kusayang kesenangan, ketenangan,

kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan