Sabtu, Januari 16

PADAN NGAN MUKA AKU...KETAWAKAN RAMAI2

Tak smua percintaan berakhir dengan kegembiraan...dan kita harus sedar MENYINTAI TAK BERERTI MEMILIKI.Dalam hidup ini bermacam dugaan yg perlu kita tempuhi.Jangan kita menyalahkan sesiapa dalam hal sebegini.Siapa yg tinggalkan siapa tidak menjadi persoalan.Cuma kita perlu fikir secara rasional.Setiap perkara yg berlaku sudah semestinya mempunyai hikmah.

Benar org ckp....luka kalau terlalu dalam sukar untuk sembuh....kalau sembuh pun parut nya tetap ada kan.....Sebagai manusia biasa kita harus percaya pada qada dan qadar..Berakhirnya sesebuah percintaan tak bermakna berkahirnya sebuah kehidupan.Jadikan ia sebagai satu pengajaran buat kita.Mungkin org yg meninggalkan kita mempunyai alasan sendiri.Anda sepatutnya bersyukur kerana perpisahan yg berlaku terjadi sebelum ada apa2 ikatan..Tahniah kerana anda begitu kuat dan tabah menempuhi segalanya....saya sedang melaluinya, sedang menghadapi situasi yang sama.Bukan mudah untuk melupakan insan yg tersayang dlm hidup kita.Dia tercipta untuk orang lain, cintanya bukan untuk saya, dia xpernah ucpkan kata2 cinta pada saya, pedih sungguh cinta syok sendiri....kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tapi ia terlalu manis untuk dikenang.Hidup tak selalunya indah tapi yg indah itu tetap hidup dalam kenangan.Kecewa bercinta tak bermakna dunia sudah berakhir....

So,
Pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu saat hubungan kasih dan sayang terputus di tengah jalan. Ditambah pula dengan permintaan dari si dia, bukannya kehendak kita sendiri. Pasti berbagai-bagai persoalan bermain di minda.. Jahatkah aku? Burukkah aku? Tidak cukup sempurnakah aku? Semua itu pasti bermain di fikiran kita. Bak kata
pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Itu tidak dapt dinafikan. Sesungguhnya hanya orang yang benar-benar mengalami liku ini akan merasa sakitnya ditinggalkan. . Tetapi mungkin dalam aspek yang lain, orang yang meninggalkan juga merasa sakitnya tanpa kita sedari..aku tertanya2 xde langsung ke perasaan cinta dia pada aku?

Bukan senang untuk mencipta suatu hubungan yang mampu bertahan lama. Di kala ini, pasti akan terjadi sesuatu yang buruk sekiranya tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.. Walaupun perit untuk menerima hakikat, tetapi itulah yang perlu dilakukan bila kasih terputus di tengah jalan. Kita semua harus sedar bahawa sekiranya kita
kehilangan cinta, jangan sesekali memikirkan bahawa kita tidak mempunyai sesiapa lagi.. Sesungguhnya, anda harus lebih menghargai orang sekeliling anda yang sentiasa menyayangi anda.. Di sini saya maksudkan ialah keluarga dan kawan-kawan. Percayalah, bahawasanya biarpun seperit mana kecewa yang kita alami, perit lagi mereka yang
menyayangi kita melihat kita sengsara.. Kita juga harus sedar bahawa Allah mencipta ujian buat kita kerana Dia telah mencipta sesuatu yang lebih baik untuk kita..

Usah dibiarkan perasaan benci dan dendam menyelubungi hidup kita. Saya percaya, dalam pelbagai ragam manusia, pasti ada yang menaruh dendam terutamanya lelaki apabila kekasihnya meninggalkannya. Di sini mulalah perasaaan sayang bertukar menjadi benci sehingga sanggup menjatuhkan maruah bekas kekasihnya.. Perlukah ini semua berlaku? Kenapa harus ada dendam? Sesungguhnya kita semua harus
percaya dengan Qadak dan Qadar. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan menyalahkan diri sendiri apabila kasih sudah terputus dan jangan sesekali berfikiran positif.. Sebaiknya, ambil langkah untuk memperbaiki diri dan percayalah, ada cinta dan insan yang lebih baik menanti anda.. Usah terus kesal dengan hubungan yang
terputus, tetapi redhalah dengan setiap yang berlaku..

"Cinta di Depan Mata tidak semestinya kekal untuk selamanya"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan