Jumaat, Januari 1

Menggapai Bintang di tahun 2010!


"Aduh, susahnya nak ambil bintang. Tingginya, tak tercapai.."

BINTANG: Kerlipannya amat indah sekali. Adakah korang bersetuju dengan aku? Berbagai ungkapan diberikan kepada bintang-bintang. Malah seseorang yang hebat dan popular diberi jolokan superstar. Jika dulu semasa rancangan 'sinaran' juga sering pengacara bertanyakan kepada juri 'Berapakah bintang yang diberikan kepada peserta?'. Ingat lagi? Lagi banyak bintang diberikan lagi hebatlah persembahan yang telah ditunjukkan. (ketika itu tiada lagi sistem sms seperti sekarang)

Kita berbalik kepada masa lepas kita. Semasa kita sentiasa mengharapkan bintang. Bilakah masa yang anda rasakan? Cuba imbas kembali. Ya, benar. Ianya semasa kita di alam kanak-kanak. Inilah masa yang paling indah sekali. Sering tertunggu-tunggu berapa bintang yang cikgu berikan atas hasil usaha kerja rumah yang kita siapkan. 'Awak dapat berapa bintang? Saya dapat lima bintang.' Dibeza-bezakan pula dengan sahabat sekelas. Bintang pemberian guru menaikkan semangat untuk terus maju ke hadapan.

Spesifikasi Bintang

Bintang dalam erti kata lain adalah digambarkan kepada sesuatu yang amat indah. Cahaya malam ditemani bulan dan bintang amat menyenangkan dan mententeramkan jiwa. Bahkan jika dahulu bintang menjadi elemen yang amat penting kepada mereka yang berkelana terutama nakhoda kapal. Bintang menjadi panduan arah ke mana destinasi mereka seterusnya yang perlu dituju. Ini membuktikan bintang bukan sahaja indah di mata namun amat berguna sekali. korang setuju?

Pembentukan dan penciptaan bintang juga amat menakjubkan. korang tahu bagaimana bintang terjadi? Mengikut kajian, bintang terhasil setelah berjuta-juta tahun ia berada di angkasa. Ia bermula dengan tiada kerlipan dan cahaya indah langsung. Dapat korang bayangkan? Ianya bagaikan pudar dan kelam. Namun, masa tidak mengira hasil kini. Apabila ia bersinar, berkerlipan, berkilau ia memberikan manfaat. Walaupun jauh berjuta-juta batu ia tetap memberikan yang terbaik untuk keseluruhan alam.

Pengajaran Bintang

Kita cuba ambilkan pengajaran dan tujuan penghasilan bintang itu. Kita selitkan dengan kejayaan dan juga impian mendalam. Setiap orang meninginkan kepada kejayaan. korang semua setuju? Tiada siapa yang mahukan kegagalan. Kejayaan membuktikan hidupnya bersinar-sinar dengan kecerahan. Untuk mendapat kejayaan mulakanlah dengan impian. Sebelum aku teruskan, aku ingin bertanya. Apakah impian korang sempena 2010? Nyatakan dengan semangat. Dengan itu membuktikan korang benar-benar mahukannya. Nyatakan juga dengan jelas ya. Jawapannya bukan sekadar 'aku ingin berjaya dalam hidup'. Ia perlu lebih komprehensif dan detail. Bagaimana yang korang maksudkan dengan berjaya. Itu yang aku mahukan.

Impian yang dinyatakan dengan tegas, semangat, jelas membuktikan kejayaan akan benar-benar berlu. Percayalah, ia akan dapat direalisasikan. Sebagai contoh jika anda mahukan 10A+ (sistem baru mulai tahun 2009) dalam SPM maka luahkan dan tuliskan. Realisasikan impian juga dengan usaha berterusan dan smart. Jelas sekali jika sekadar berimpian tanpa berusaha ia akan di bawa terbang oleh angin yang kuat sekali.

Impian Menjadi Kenyataan

Dikongsikan di sini kisah Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri. Siapa yang kenal beliau? aku yakin akan semua kenal akan nama ini (walaupun tidak pernah bersua). Sinonim sebgai Angkasawan Negara. Sebagai angkasawan pertama di hantar oleh Malaysia menjelajah angkasa, beliau mempunyai cerita tersendiri. Seawal umut 10 tahun lagi. Wow! Hebatnya. Nampaknya impian menggapai bintang telah dicapai. Dikisahkan ketika itu beliau melihat gambar di sebuah buku. Jelas, impiannya telah menjadi kenyataan untuk menggapai bintang.

Banyak lagi kisah-kisah insan yang menetapkan impian seawal usia mahupun di tengah-tengah usia untuk mencipta kejayaan. Susah payah, penat jerih terpaksa dilalui demi kejayaan. Tidak disangkal lagi jika menyebut nama Prof. Dr Sidek Baba, Prof. Ungku Aziz, Syed Mokhtar Al-Bukhary, Azizi Ali, Dr Irfan Khairi dan banyak lagi*. Cubalah kita contohi mereka dan cipta kejayaan tersendiri.

Sekarang setelah kita tanya diri kita, tanyakan pula pada anak-anak kita, adik beradik, sahabat-sahabat mahupun pelajar-pelajar apakah impian mereka? Lihat pada jawapan mereka:____________________________(Isikan tempat kosong). Apakah agaknya impian mereka ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan