Selasa, Januari 12

ADAKAH KITA DAPAT BERDIRI TEGUH TANPA SOKONGAN/SEMANGAT/RANSANGAN DARIPADA ORANG DI SEKELILING.....???

saya ingin kongsikan disini...begini ceritanya....
langkah saya dulu bermula dengan kritikan demi kritikan dan teguran demi teguran....saya tak malu untuk mengaku..dulu saya sering menggangap kejayaan saya adalah hasil dari usaha saya sendiri..semangat dalaman..orang lain tidak ada saham dalam sesuatu kejayaan saya itu..."saya akan katakan ini adalah hasil usaha aku,ketabahan aku,kerajinan aku"..saya akan tulis besar2 apa yg ingin sy capai,saya ulang dan ulang.."aku mahu capai itu...aku mahu capai itu..."

bila umur saya makin meningkat,buku demi buku saya telah baca,motivasi demi motivasi saya telah dengar...dan akhirnya saya memerhati,menganalisis,menilai,muhasabah diri merenung dan akhirnya saya mendapat jawapan iaitu hakikat sebenar...memang betul seseorang itu tidak akan berjaya jika dirinya sendiri tidak mahu berjaya,jika dirinya sendiri tidak sedar akan itu..walau apa cara sekalipun yang dilakukan,walau sehebat manapun orang yang menasihatinya tapi kalao dirinya tidak mahu berubah,kejayaan itu tidak akan tercapai...betul saya setuju dengan itu....

tapi di sini saya cuma ingin mengaitkan dengan orang di sekeliling.agar kita menghargai mereka..dan cuba HIDUP UNTUK MEMBERI...

cuba kita fikirkan BILA DAN BAGAIMANA KITA MULA SEDAR???....saya ambil contoh diri saya.memang sesuatu kejayaan,perubahan atau pencapaian itu hasil semangat dan usaha kita..tapi sy fikir bagaimana itu semua bermula??bukankah kerana mak ayah kita yang selalu membebel supaya belajar betol2..tegur perangai kita..??bukankah kerana kita melihat ada orang disekeliling kita yang telah berjaya..??dan kita ingin menjadi sepertinya atau lebih baik darinya..bukankah kerana guru-guru yang mengajar??bukankah kerana ada orang yang mengkritik kita,mencabar kita,atau mengutuk kita???......saya bermula disitu dulu..kalo bukan kerana semua itu mungkin saya xkan sedar2 untuk berubah dan berusaha..YE BETOL saya setuju ada yang mengatakan kita berjaya dan berubah kerana motivasi dalaman dan semangat dalaman....tapi dimana bagaimana siapa bila kita bermula untu membina dan mencari semngaat dalaman itu???

nampak tak betapa pentingnya orang di sekeliling kita...suasana di sekeliling kita...dalam memberi kesan kepada perubahan dan kejayaan kita...tapi ia akan menjadi pendorong kejayaan bila kita sentiasa positif dan bersangka baik....positif dengan teguran,,positif dengan krtikan dan yang paling penting positif dengan ujian yang diberikan..bersangka baik dengan Allah...

WALAUAPAPUN KITA PERLU INGAT,,,,SEMUA NYA ATAS PETUNJUK ALLAH SWT...DIA YANG MAHA MENCAMPAKKAN HIDAYAH PADA KITA...YANG MEMPERMUDAHKAN SEGALANYA..YANG MELEMBUTKAN HATI KITA UNTUK BERUBAH DAN BERUSAHA,,,,WALAU SEKUAT MANA PON MOTIVASI KITA,USAHA KITA TAPI SEMUA ALLAH YANG TENTUKAN....JADI,,,SAMA-SAMA KITA DEKATKAN DIRI PADANYA,,MEMOHON KEPADANYA....

maaf jikalau apa yang saya katakan ini adalah salah atau terpesong....tapi saya sedia untuk ditegur dan saudara saudari boleh kemukakan pendapat anda disini..sama-sama kita kongsikan..msih banyak yang perlu saya belajar dan masih banyak yang perlu saya baca....saya masih bertatih...kita belajar dan diajar...saya sengaja kaitkan dengan orang di sekeliling seperti ini adalah kerana ingin mengelakkan rase riak atau bangga diri..dan tidak tahu menghargai org sekeliling..KALAU KITA TERAPKAN KEJAYAAN KITA ADALAH KEJAYAAN BERSAMA...INSYAALLAH RSE BANGGA DIRI DAPAT DIELAKKAN...DAN KEGAGALAN KITA ATAU KEKALAHAN KITA ADALAH BERPUNCA DARI KEKHILAFAN KITA SENDIRI..INSYAALLAH KITA TIDAK AKAN MENYALAH KAN PIHAK LAIN ATAU MENUDING JARI BILA KITA SALAH,KALAH ATAU GAGAL...KITA DAPAT ELAKKAN DARI MENJADI MANUSIA YANG SUKA MENCARI ALASAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan