Isnin, Januari 18

LELAKI VS WANITA...siapa yang salah..sapa yang betul jika ada permasalahan berlaku...?


Seorang lelaki berkata:
Perempuan sukar difahami,
sukar daripada segala-galanya,
wajah ceria, hati entah hitam atau putih,
semalam mengaku cinta, hari ini lupa.

Seorang wanita berkata:
Lelaki sukar dipercayai,
sukar daripada segala-galanya,
mengaku bujang, padahal suami orang,
mulut manis memperdaya,
pandai bermain kata-kata,
niatnya menghirup madu cinta.

Aku berkata:
Lelaki dan wanita dua kali lima. Cinta kedua-duanya umpama pedang yang sebelahnya tajam dan sebelah lagi tumpul. Terpulang belah mana yang mahu digunakannya. Kalau belah tumpul digunakan, lukanya tidak ada, melainkan lebam kebiru-biruan. Tetapi kalau belah tajam digunakan, maka lukanya merobek ke tulang.

Anda pernah melihat cinta dipancung? Atau anda pernah memancung cinta, atau cinta anda pernah dipancung?

Oh, dahsyat sekali! Dalam keadaan tertentu cinta harus dipancung untuk menyelamatkan nyawa. Nyawa siapa? Nyawa orang yang dicintai atau barangkali nyawa orang yang mencintai. Atau mungkin nyawa kedua-duanya; orang yang mencintai dan dicintai. Tiada siapa yang memancung cinta tanpa sebab.

Adakala cinta dipancung kerana cinta. Cinta kepada suami atau isteri orang misalnya, harus dipancung demi cinta yang lebih murni. Cinta kepada orang yang tidak direstui ibu bapa juga mesti dipancung untuk memelihara cinta orang yang melahirkan dan membesarkan kita. Cinta nafsu juga wajib dipancung untuk meraih cinta suci.

Namun, jangan pula memancung cinta semata-mata kerana terpikat dengan cinta baru. Cinta tiga segi selalu menyebabkan cinta dipancung. Silap pancung, diri sendiri teraniaya. Cinta bermadu seringkali mendorong individu memancung cinta abadi. Cinta bermadu ini biasanya menyembunyikan racun di dalamnya. Sebab itulah ia mudah menyebabkan individu terlena kerana manisnya yang memabukkan.

Oleh itu, apabila anda mahu memancung cinta, berfikirlah beberapa kali agar tidak tersilap pancung. Dan seandainya anda terpaksa memancung cinta - demi kebaikan orang yang dicintai - pancunglah walaupun dengan deraian air mata kerana itu tandanya anda bukan manusia yang mementingkan diri! ....PERTANYAAN BAGI INSAN2 YANG CUKUP MENGENALI AKU....apakah tindakan aku betul, aku xsuka memancung mana2 Cinta...aku akan pelihara setiap apa yang aku ada...walaupun apa yang terjadi....deritanya biar le aku sahaja yang tau...xperlu org lain memahami aku...aku tetap aku sampai bile2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan