Sabtu, Januari 23

WANITA......BAGAIMANA PERSONALITIMU....

Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang strees, cemas, gelisah dan merasa senang hati ketika mahu bermanja. Jika anda merupakan wanita bujang atau bergelar isteri, jangan pula tunggu sampai melahirkan anak baru hendak
menonjolkan sikap keibuan.

Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
Apapun, berikut ialah ciri-ciri yang memungkinkan anda disukai lelaki:

Memahami
Sikap memahami wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat
untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang memahami tidak terus menghamburkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan, sebaliknya cuba mengerti letak duduk persoalan.

Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki ialah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan kaum wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah mempunyai tiga anak?

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita,
wanita tersebut dapat mengimbanginya.Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

KAUM wanita yang bersikap memahami akan membuatkan lelaki rasa dihargai.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Bersikap keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.Tetapi, tentulah ia bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian seorang pria. Wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah.

Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar. Malah, cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu baik dan buruk. Jadi, dia tahu apa yang dia inginkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah,
sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Kecantikan dalaman dirinya memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan