Selasa, Januari 5

MENCARI KESEMPURNAAN...?


Dr David M. Burns menyatakan individu yang ' sempurna ' cenderung memiliki ' standard ' yang tinggi dalam segala hal terutamanya berhubung dengan dirinya.
dikatakan biasanya ' standard ' tersebut telah di program sejak kecil lagi.

DIKATAKAN dalam kadar tertentu - sifat ' kesempurnaan ' boleh menguntungkan
kerana keinginan untuk melahir kesempurnaan. tetapi ada juga yang terdorong kearah negetif.

INDIVIDU JENIS INI BIASANYA HOBINYA ADALAH MENKRITIK DIRI SENDIRI.
dan sering beranggapan setiap kerja yang dilakukan ada sahaja yang tak kena.
bagaimanapun sifat ini biasanya cenderung berakhir dengan kekecewaan.

MENGEJAR KESEMPURNAAN UMPAMA BERUSAHA UNTUK MENANGKAP ANGIN.
kesan dari karektor ini sering tertekan dengan standard yang ditetapkan kadang2 menjadi kelompok sentiasa berada dalam tekanan. sakit hanya disebab mencari kesempurnaan

sukar berkerjasama kerana standard tidak sama dengan orang lain. dan ketidakupayaan untuk menyamaratakan standard menjadikan kelompok ini terlalu sukar untuk bersosial.
dikatakan juga sikap tidak mudah berkompromi dengan standard menjadikan beban dalam hubungan sosial

kalah sebelum bertanding
berdasar satu bacaaan menyatakan : orang begini biasa beranggap jangan berani mencuba andai kita merasa akan gagal akhirnya tidak ada perkara baru dalam hidup.
kegembiraan tersekat dalam hidup kelompok ini tidak pernah berhenti berfikir
mana tidaknya - setiap apa sahaja yang dilakukan perlu dibuat kajian walaupun isu yang remeh temeh.kesannya kelompoknya tidak akan merasa gembira kerana sering dihambat dengan perasaan berdebar2 dan takut apa yang dilakukan berhadapan dengan kegagalan.

NASIHAT UTKMU dan UNTUK AKU Juga
saya kerap berurusan dalam hubungan sosial dan APA2 JE urusan .kesan ketara dari pengalaman

RATA2 KELOMPOK INI
memilih untuk hidup bujang @ tidak berpasangan.
mungkin berfaktor kepada kesukaran untuk menyamaratakan ' matlamat ' dikala bersosial.dan saya yakin HIDUP INI TIDAK PERLU TERLALU IDEAL SEMUANYA PRAKTIKAL

lawan kepada kelompok ini adalah KELOMPOK CINCAI. macamana kalau semua diambilmudah.
janji siap.lagi susah.

Rujukan hasil tulisan Dr David dalam Majalah Remaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan