Isnin, Januari 11

ADAKAH KITA AKAN BERJAYA?



Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:

1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.

Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan tu hanya sementara.

2. Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.

Orang berjaya bekerja dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 16 jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain.

3. Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.

Orang berjaya tak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.

Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.

Mindset penting orang berjaya – sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.

Lakar kejayaan di tahun 2010
Hari ni dah hari ke berapa dalam tahun 2010?

Mungkin dah hari ke 11, atau mungkin juga dah masuk hari ke-12 saat Anda membaca catatan blog ni. Walau apapun situasi pahit yang terjadi pada tahun 2009, lupakan saja supaya kita boleh capai situasi-situasi menggembirakan pada tahun 2010 ni.

Azam saya pada tahun 2010 ni, saya nak melakar kejayaan – kejayaan dalam kerja dan kejayaan dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang pendidik, sebagai suami, sebagai bapa dan sebagai apa saja yang sedang saya usahakan saat ini.... Saya percaya Anda ada kejayaan sendiri yang Anda nak capai.

Walau apapun ia, semoga ia membuat Anda makin bersemangat menjalani hari-hari yang mendatang. Semoga ia membuat Anda semakin fokus berusaha, semakin rajin menambah ilmu. Kejayaan adalah hasil dari gabungan tiga elemen berlainan – ilmu, usaha dan doa berterusan.

Belajarlah sepanjang hayat melalui pembacaan kerana dari membaca, kita akan dapat menambah ilmu di dada dengan cukup senang sekali. Usaha kita biar berterusan, walau kita berjumpa bermacam rupa kegagalan yang menyakitkan. Akhir sekali, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita perlukan agama dan keizinan Allah untuk memunculkan keajaiban dalamn hidup kita.

Kejayaan itu sendiri adalah seperti satu keajaiban, a miracle dan ia tak akan mungkin berlaku tanpa keizinan dari Yang Maha Esa. Sekuat manapun kita berusaha, dekatkan diri pada Tuhan, moga kita dapat mencapai kejayaan dalam masa yang singkat.

Untuk berjaya Anda kena rajin
Kejayaan hanya akan boleh diraih jika Anda bersedia untuk merubah diri menjadi seorang yang rajin.

Rajin, bagi saya adalah sentiasa ada saja perbuatan untuk dilakukan. Jika Anda merasa bosan atau Anda diserang keboringan, itu petanda Anda mungkin seorang yang pemalas, lawan kepada sikap rajin.

Orang rajin tak akan pernah merasa bosan, boring atau yang serupa dengannya kerana setiap waktu yang ada diisikan dengan berbagai aktiviti berfaedah, yang menyumbang kepada kejayaan dirinya.

Orang yang rajin suka membaca sebab dari pembacaan dia akan tahu sesuatu. Untuk mengubah diri Anda menjadi seseorang yang rajin, pertama sekali Anda kena tahu apa yang Anda nak capai pada bulan ini, pada tahun ini.

Kemudian, buat apa saja cara yang halal untuk mencapai kemahuan Anda tu. jika Anda nak memiliki sesuatu, berusahalah ke arahnya. Jika Anda nak beli kereta Lotus Elise, rajin-rajinkan diri bekerja untuk mengumpul duit supaya Anda dapat beli kereta tu. Contoh saja, contoh!

Apa-apapun, bila kita tekad nak berjaya dalam hidup, paling penting sekali, kita kena ubah diri menjadi seorang yang cukup rajin, bahkan sungguh rajin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan