Sabtu, Jun 6

PESAN TOK GURU


Guruku berkata :
Apabila sudah menjawat jawatan yang besar jangan mendabik dada. Semakin besar dan tingginya gelaran, tingginya pangkat yang disandang. Semakin tinggilah juga risiko dan tanggungjawabnya.


Guruku berkata :
Dalam kehidupan ini. Apabila menelusurinya jangan lupa agar selalu membaca balik buku sejarah hidup. Buat panduan agar tahu asal usul diri supaya tidak lupa siapa sebenarnya diri kita.


Guruku berkata :
Graf hidup kita tidak selalunya naik. Di suatu hari nanti akan turun juga. Tetapi sekiranya turun jangan sampai terjelepuk. Dia memberikan contohnya : ada orang yang tidak dapat menanggung bebanan hidup, bebanan tanggungjawab. ALlah berikan ujian kepadanya dalam bentuk dugaan harta. Bekerja sebagai penguatkuasa orang akan selalu memerhati. Ada pula duit yang akan sampai dari bawah.
Akhirnya amanah yang diberi akan dikhianati. Lalu jatuhlah graf hidup itu ke tingkat yang paling bawah. Biarlah kalau jatuh pun ia tidak merugikan diri, masih berfungsi sebagai hamba Allah yang berbakti di muka bumi.

Wahai guru, terima kasihku ucapkan. Semoga Allah berkati dan rahmati hidup semua guru-guru yang pernah berbakti dalam hidupku.Buat rakan guru yang sedang bertugas mungkin kata2 bekas guru ini boleh dijadikan ikutan dan panduan dalam menjalankan tugas dalam mendidik anak bangsa............ Ameeen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan