Ahad, Jun 7

DUIT ' PRO DAN KONTRA '


cuba korang bayangkan kalau semua duit ini betul dan hak milik kau..nak guna amik jer... ha ha ha..bahagianya hidup ekk
Pengurusan kewangan yang baik adalah kunci kepada bahagia. Selalu kita baca dalam akhbar dan majalah tentang kehidupan rumahtangga porak peranda gara-gara masalah kewangan.
Ada lelaki sebelum berkhawin berlagak depan keluarga bakal mertua dengan kereta dan pakaian. Lepas khawin baru mertua tahu yang menantunya gaji tak seberapa, hutang keliling pinggang dan gaji hujung bulan habis dibuat bayar hutang.
Ada pasangan yang bekerja. Ok la sebab dua-dua ada pendapatan sendiri. Isteri boleh bantu suami. Ada suami yang bekerja tapi isteri makan gaji dengan suami, so office di rumah. Ok la sebab susah juga nak urus rumahtangga. Ada yang isteri kerja, suami pula goyang kaki. Ok ke, ko ke...??
Ada suami yang nak monopoli duit gaji isteri. Isteri mesti beri peruntukan beberapa percent kepada suami. Kalau ikut hukum Islam, suami yang wajib bagi duit belanja kepada isteri. Walau apa pun senarionya yang penting di sini adalah pengurusan kewangan.
Pendapatan itu mestilah daripada kerja yang halal agar ia diberkati. Jika pendapatan makan gaji tidak mencukupi kerja sampingan boleh dilakukan. Banyak kerja sampingan boleh dilakukan. Yang menjadi masalah kepada kebanyakan orang bukan kerana tidak berkemanpuan mencari wang tetapi terlalu cepat menghabiskannya.
Kad kredit jika digunakan secara bijak akan memudahkan pemegangnya. Namun ramai yang kurang bijak dalam menggunakannya mereka dibelengu hutang kad kredit. Ramai juga yang diisytiharkan muflis akibatnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan