Ahad, Jun 7

APAKAH YANG MEMBENTUK MOTIVASI DALAM DIRI KITA?



Andaikan ada dua remaja yang baru sahaja mendapat hadiah dari ibubapa mereka masing-masing sempena hari lahir.
Hadiah itu adalah permainan jigsaw puzzle.

Remaja yang pertama cukup bersemangat menyiapkan jigsaw puzzle itu. Dia cukup menghargai pemberian ibubapanya itu.

Hatinya tidak tenang selagi jigsaw puzzle itu tidak disiapkan. Selepas siap, gembiranya bukan kepalang. Rasa puasnya tidak dapat digambarkan apabila melihat permandangan yang indah terhasil daripada cantuman jigsaw puzzle itu.

Tiba-tiba datang si adik sambil berlari dan melompat-lompat meminjak cantuman jigsaw puzzle itu sehingga ia terpisah semula.

Walaupun sedih dan sesudah bergaduh dengan adiknya, remaja itu memulakan semula cantuman jigsaw puzzle.

Berbeza dengan remaja yang ke dua, sejak awal lagi dia tidak berminat menyiapkan jigsaw puzzle itu. Bagi memberi 'motivasi' dan dorongan, si ayah menawarkan ganjaran berupa wang seandainya remaja kedua itu dapat menyiapkan jigsaw puzzle itu.

Selepas menyiapkannya dan mendapat ganjaran yang dijanjikan, jigsaw puzzle itu dibiarkan begitu sahaja.

Walaupun si adik memisah-misahkan cantuman jigsaw puzzle itu, dia tidak perduli lagi. ganjaran sudah dia dapati, maka motivasinya terhenti di situ.

Terdapat dua faktor yang menentukan motivasi diri seseorang iaitu faktor dalaman dan luaran. Mungkin kita pernah melihat orang yag datang daripada keluarga yang miskin dan serba kekurangan berjaya mencapai matlamat mereka.

Kemiskinan dan kekurangan tidak langsung melemahkan semangat dan motivasi diri untuk berubah serta bergerak ke arah mencapai kecemerlangan.

Jadi apakah sebenarnya yang menentukan motivasi diri individu? Apakah yang mendorong individu itu membina motivasi diri?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan