Rabu, Jun 24

Cenderahati yang tak mungkin mencederakan hati....






SELAMAT HARI LAHIR
PUAN AIDA BINTI SAMAT…24 Jun 2009(Rabu)moga awak sentiasa berbahagia di samping suamimu dan anak2mu…terima kasih atas segala perkongsian yang hebat selama 10 tahun ini..Bersamalah berdoa agar mahligai yang dibina sentiasa kukuh dan teguh dalam menghadapi cabaran yang mendatang….bersamalah berusaha agar terus saling fahami dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..
Salam semua........huwaaaa.....3x, memang pening bila mencari hadiah harijadi untuk isteri atau orang yang tersayang sempena hari-hari penting dalam hidupnya…tambahan lagi setelah hampir 10 tahun hidup bersama. Rasanya kita pasti dan kenal segala kehendak dan keperluan dia juga kita dah tahu apa yang dia ada juga apa yang dia inginkan.

Buah hati aku jenis yang simple .. tapi kadang-kadang tu cerewat juga nak bagi hadiah apa ekk. takpelah nanti balik keje..aku ajak Ain Athirah..penasihat aku tu beli hadiah untuk buah hati pengarang jantung ha ha ha

Malam ni ingat dak kuar sekeluarga keluar makan malam , mana ade nak masak special Noushy... dia hari² memasak yang special utnuk kami sefamily so..pada hari yang istimewa macam hari ini , bio aku bagi dia MC bercuti...

Aku nak bagi dia cenderamata yang rasanya sesuai sebagai tanda aku amat menghargai apa setiap kenangan bersamanya ...sharing is caring kan...kan..!


Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.

Cuba hayati coretan ini agar ianya jadi sumber kekuatan dalam mengukuhkan ikatan kekeluargaan kita

1) Kehadiran.
Kehadiranmu dalam hidupku ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, aku bangga dapat mengenalimu dan menjadi insan penting dalam hidupmu dan sentiasa berada disisimu.Aku gembira dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif. Oleh yang demikian, kehadiranmu dalam hidupku adalah sangat penting. terus terang aku katakan kau ibarat lilin cintaku pembawa sinar kebahagiaan.

2) Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini termasuk aku sendiri, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Maafkan aku andainya Sejak dari dahulu lagi aku kurang peka dlm mendengar dan memahamimumu...walaupun kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Aku berikan cenderahati ini aku berikan untukmu, dengan mendengar segala curahan hatimu terhadapku. Secara langsung sikap ini juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati.

3) Diam.
Seperti kata-kata. Di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta antara kita kerana memberi `ruang'. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebel!

4) Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5) Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6) Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7) Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. Apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??

Coretan ini adalah Hadiah yang merupakan cenderahati ini untukmu sebagai tanda aku insan penting dlm hidupku.....

Semoga hidup kita akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.
Amirul ummar ~ banyak kan.....hadiah yang diberi..hekhek....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan