Ahad, Jun 7

APAKAH HADIAH SEBAGAI TANDA KITA MENHGHARGAI KASIH SAYANG IBU & AYAH KITA EKK?





Tiga orang anak lelaki meninggalkan ibu mereka di kampung bagi mencari rezeki di ibu kota. Selepas mereka berjaya, mereka bertiga bertemu bagi membincangkan hadiah yang sesuai diberikan kepada ibu mereka yang setia menunggu di kampung.

Anak yang sulung berkata, " Abang mahu membina sebuah rumah yang beser kepada emak kita."

Anak kedua pula berkata, " Saya mahu membelikan sebuah kereta Mercedes sekali dengan pemandunya bagi mak kita."

Anak yang bungsu pula berkata, " Abang berdua tahu yang mak suka membaca buku. Malangnya mak terlalu rabun untuk membaca buku.
Oleh itu, saya sudah membeli seekor burung nuri yang menghafal beberapa buku.
Harga burung itu sangat mahal tetapi saya sanggup belikannya untuk mak kita yang tercinta."

Mereka kemudiannya memberikan hadiah masing-masing kepada mak mereka. Tidak lama kemudian mereka mendapat surat ucapan terima kasih daripada mak mereka di kampung.

Kepada anak yang sulung, " Yop, rumah yang kamu bina cukup besar. Mak hanya tinggal di dalam satu bilik sahaja tetapi mak perlu membersihkan keseluruhan rumah."

Kepada anak yang kedua, " Ngah, mak sudah terlalu tua hendak berjalan-jalan. Mata mak pun dah rabun. Oleh itu, mak tidak pernah naik kereta yang kamu berikan itu. Pemandu yang kamu gajikan itu pula, sangat biadab."

Kepada anak yang bungsu, " Adik, kamulah sahaja yang benar-benar memahami mak yang sudah tua ini. Terima kasihlah kerana memberikan mak burung nuri itu. Rasa burung nuri tu sungguh sedap."

Kisah ini cukup menggambarkan pentingnya bertanya apabila kita tidak mampu melihat daripada kaca mata orang lain. Niat ketiga-tiga anak lelaki itu sungguh baik. Malangnya mereka tidak dapat memahami kehendak ibu mereka yang sudah tua. Bukankah lebih baik sekiranya mereka bertanya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan