Ahad, Jun 21

Fokus kejayaan untuk berjaya




Satu kunci yang menjadikan orang yang memang bermasalah semakin bermasalah ialah ‘fokus kepada masalah‘ . Sebagaimana seseorang yang inginkan kejayaan perlu fokus kepada kejayaan, begitu juga dengan individu yang merasakan bermasalah, akan terus bermasalah sekiranya masih lagi fokus kepada masalah tersebut. Jika di lihat, prinsip itu begitu mudah. Iaitu hanya fokus kepada perkara yang diinginkan.
Jadi sekiranya anda sedang bermasalah dan masih lagi ingin atau berhajat untuk menambah masalah anda, sila fokus kepada masalah anda. Tetapi sekiranya anda seorang yang bermasalah dan inginkan kejayaan, sila tukar fokus anda daripada bermasalah kepada fokus ke arah kejayaan.
Prinsip itu begitu mudah utuk difahami dan juga diaplikasi. Tetapi mengapa masih ramai lagi yang gagal. Mengapa? kerana kekurangan ilmu tentang bagaimana untuk mencipta kejayaan.
T.Harv Eker, menulis dalam ebook speed wealth beliau, Success is learnable skill. Sekiranya diterjemahkan ianya bermaksud, kejayaaan adalah satu skill yang boleh dipelajari. Ya saya bersetuju dengn pendapat beliau, kejayaan boleh dicipta dengan mudah, sekiranya kita tahu bagaimana untuk mencipta kejayaan. Apa yang perlu kita lakukan ialah cari ilmu tersebut, belajar dan terus belajar dari ilmu tersebut.
Sekiranya anda gagal atau berjaya dalam kehidupan anda, anda yang perlu bertanggungjawab. Anda yang perlu berubah demi kejayaan anda. Anda tidak boleh sekali-kali menyalahkan orang lain, mencipta pelbagai alasan atau menunding jari di atas asetiap kegagalan yang anda alami, kerana kejayaan sudah menjadi milik anda sejak anda dilahirkan. Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah berusaha untuk ‘polish’ dan menonjolkan kejayaan anda. Seperti yang saya tekankan selama ini. Kejayaaan milik orang yang berusaha.
Tiada guna , sekiranya anda mempunyai kualiti untuk berjaya, tetapi anda tidak dapat menggunakan kualiti itu untuk anda meraih kejayaan, kegembiraan dan kebahagiaan.
Sebagaimana Pinang yang diperam akan menjadi busuk. Begitu juga dengan kejayaan. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk berusaha mencipta kejayaan. Kegagalan akan terus menjadi milik anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan