Sabtu, Jun 6

ADA HANTU KE NIE....?





berdiri bulu romaku...
jumaat. jam tunjuk pukul 1 pagi rembang...

aku stop. traffic light tu betul2 sebelah kawasan perkuburan. agak terbiar. pokok besar2. akar berjuntai2. ada efek seram di situ...lampu merah lama lagi. akak tengok kiri. nampak la ada satu kubur lama ni. isk! tiba2 je bulu tengkuk rasa berdiri.

ah sudahh!
orait! lampu dah hijau. tarik gear ke D...terus tekan minyak sekuat hati. tapi asal keta ni mcm tak nak pegi? berat semacam. isk! takkan ada "benda" tumpang sekaki?
bulu roma naik lagi...
urut2 bulu roma sambil baca ayat kursi. turun la wey...turun la. kereta masih rasa berat. dekat 500m kedepan tiba2 akak perasan sesuatu!

hand brake terangkat!bangang! patut la pueh tokan2 minyak tak maun deh laju.

moral :
kalau kereta rasa berat, sila jangan salahkan hantu. periksalah hand brake anda esp. selepas berenti di lampu isyarat!
jangan baca buku tamar jalis sebelum memandu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan