Ahad, Jun 21

Kaya Bukan Satu Dosa..





Kebetulan juga semalam adalah hari ulangtahun kelahiran sahabat karib saya, Jadi semalam, saya ke restoran terkemuka, untuk meraikan beliau. Bukan saya ingin bercerita tentang dinner semalam. Tetapi saya tertarik dengan perbualan 2 orang wanita yang makan di meja bersebelahan dengan saya dan sahabat saya itu. Bukan niat saya untuk mendengar atau mengintip perbualan beliau, tetapi disebabkan keheningan suasana di restoran tersebut. Membuatkan telinga saya dapat menangkap butir perbualan mereka dengan jelas. Malangnya isi perbualan mereka menarik perhatian saya untuk terus dengar dan dengar.
Butir perbualan mereka, salah seorang mereka mengatakan bahawa beliau telah pergi makan di salah satu kelab yang dikenali sebagai xxxxxx. Ketika ingin memesan makanan, apabila ditanya kepada seorang pelayan yang berada di situ, beliau bertanya apakah pilihan minuman yang ada di tempat itu, dan salah satu pilihan minuman yang disebut adalah ‘beer’. Jadi wanita tersebut amat marah, kerana beliau adalah muslim, tetapi ditawarkan minuman seperti itu.
Saya tertarik, bila mendengar alasan daripada wanita tersebut. “Biasalah kalau orang melayu dah kaya. Mesti minum punya”. Saya yang mendengar ketika itu hanya dapat mnggelengkan kepala. Cara wanita itu bercakap seolah ianya satu penjenamaan.Orang melayu bila dah kaya, pasti tak ingat agama.
Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya berbincang dengan sahabat saya, mengenai perkara ini. Satu persoalan saya, mengapa tanggapan orang kepada orang kaya seperti itu. Adakah kekayaan boleh membuatkan seseorang lupa diri dan agama. Mengapa tidak mengatakan biasalah orang melayu yang tipis ilmu agama, tidak mustahil minta beer untuk minum.
Kekayaan tidak pernah bersalah, sekiranya ada yang berubah sikap apabila dapat mengecapi kekayaan tersebut. yang bersalah adalah diri individu itu sendiri. Tidak mempunyai pegangan agama dan pendirian yang kuat. Saya percaya semua agama mengajak ke arah kebaikan. Kadangkala penganut agama itu sendiri yang merosakkan imej agama .
Tidak kira sama ada anda kaya atau miskin, jika pegangan anda tidak kental. Anda masih brpeluang untk terjerumus dalam sesuatu yang tidak dibenarkan. Bukan miskin atau kaya yang jadi faktor penentu. Tetapi ianya datang dari HATI anda sendiri. Sekali lagi saya ulang. Anda yang bertanggungjawab terhadap diri anda sendiri. Segala-galanya dari hati.
Sekiranya ada individu yang mmandang negatif kepada kekayaan. Bagaimana individu tersebut akan kaya? . Sebagai contoh, anda mempunyai teman, tetapi anda memandang negatif kepada teman anda. Kalau teman anda tahu, tentang tanggapan negatif anda. Sure dia dah bye-bye anda. Begitu juga, sekiranya anda memandang negatif kepada kekayaan. Situasinya tetap sama. Tiada bezanya. Kerana tanggapan negatif tersebut, telah tersemat dalam minda anda.
Jadi bertanggungjawablah terhadap diri anda sendiri. Kerana anda yang tentukan bagaimana kehidupan anda, dan arah tujuan anda.. Apa pun saya boleh katakan ,menjadi kaya bukan satu dosa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan