Isnin, Jun 8

AKU BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI ANAKMU..




CINTAKU BAK AIR TEH TERANG BULAN ♥

CATATAN KHAS SEMPENA HARI BAPA saya dedikasikan
Khas untuk BAPA saya Encik Abd.Rani bin Salak.
(harus baca sampai noktah akhir)

********
~What would I give To live where you are?
What would I pay To stay here beside you?
What would I do to see you Smiling at me?~
********


Baik kejam seorang bapa.
Biar cuai seorang ibu.
Mahu pun busuk seorang bapa.
Bukan anak yang bertindak menghukum mereka.
Segala dosa ibu bapa,
kecuaian mereka, dan serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka,
ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab
dengan Allah tentang tanggungjawab
dan peranan mereka terhadap kita.
Namun bagi seorang anak,
tugas kita adalah untuk tetap menghormati,
menjaga kebajikan,
memelihara dan memenuhi keperluan mereka
tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan Syariat.

Jika dunia ini hanya ada anak dan ibu bapa,
mungkin kitaran ini tidak dapat berhenti.
Ibu bapa jahat menzalimi anak.
Si anak juga jahat dengan membalas dendam kepada anak-anak.
Kerana itu titik memahami isu ini ialah dengan kembali merujuk kepada DIA.
Kepada Allah yang menjadikan mati dan hidup ini sebagai ujian.

Kita memohon keampunan dari Allah
dengan mendoakan keampunan untuk ibu bapa.
Tujuannya adalah berbalik kepada CINTA TANPA SYARAT.
Sebagaimana ibu bapa mengasihi kita tanpa syarat,
begitulah kita memohon agar dikasihani Allah ke atas diri ini TANPA SYARAT.
Namun bagi ibu bapa yang gagal mengasihi si anak,
kita harus berbalik merujuk kepada Allah.
Kitalah pula yang mesti memberi MAAF TANPA SYARAT
sebagaimana Allah boleh mengampunkan kita tanpa syarat.
Jika sikap kita yang sempit jiwa untuk menguzurkan kekurangan ibu bapa,
yakinilah bahawa Allah jua sulit untuk menguzurkan kekurangan kita
(yang tidak terbilang itu).

Menghormati mereka,
cukup dengan tidak membalas ‘kejahatan’ mereka dengan ‘kejahatan’ kita.
Sedang kita pun banyak berbuat jahat kepada Allah,
namun Allah sentiasa Maha Tahu cara untuk ‘berbuat baik’ dengan kita.
Bagaimana kita boleh mendamba keampunan Allah tanpa syarat,
sedangkan kita ghairah meletakkan pelbagai syarat,
terhadap ibu bapa sendiri????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan