Khamis, Jun 18

Kita hidup di hari ini untuk apa? Apa tujuannya?




Dah lama juga kita hidup kat dunia ni ekk...sejauhmana perestasi kite kalu dinilai ekk...adakah di tahap cemerlang?...puas hati ke kite dengan apa yang dah kite buat selama ini?
Ada manusia yang tertanya-tanya mengapa ia hidup, apa peranannya di muka bumi ini. Ada manusia yang menghabiskan masanya dengan bersukaria sebab dirasanya hidup ini hanya untuk di dunia sahaja. Ia menumpukkan harta benda, wang, isteri dan anak-anak dibiarkan tidak terbela jiwanya.\
Ada juga manusia yang tidak tahu mengapa ia dijadikan, lalu menyesal dengan dirinya. Walaupun hidup dengan serba kemudahan. Jiwa terasa kosong, lalu ia mencari dirinya - dikaji segala kemungkinan mengapa manusia hidup di dunia. Mungkin sahaja ia mendapati sains dapat menyelesaikan persoalan yang sudah bertalu-talu datang di dalam pemikiran. Malangnya - anaknya yang mati - ia tidak dapat menerima walaupun dirinya hebat untuk mengubat. Akhirnya ia membunuh diri kerana kecelaruan fikiran dan sudah sampai batasan akalnya memikirkan kehidupan tanpa panduan..

Ada juga yang mahu menjadi baik di sepanjang kehidupannya. Menderma, menolong orang susah, menjaga nama baik diri, keluarga dan jiran-jiran. Ia disenangi orang, sehinggalah ke matinya. Tetapi sayang.. di dalamnya tetap ada kekosongan, iaitu tidak percaya kepada Tuhan.

Ada juga manusia yang hidup sekadar meneruskan penghidupan, ia tidak kisah ke mana ia akan pergi selepas itu. Tidak kisah samada kebaikan atau kejahatan, tetaplah dikerjakan.

Di sana ada manusia yang hidup terlantar di katil hospital, di temani dengan segala jenis pil, balang oksigen. Setiap waktu jururawat dan doktor akan datang untuk memeriksa urat nadinya. Lalu ditulis perkembangan kesihatan, samada bertambah baik atau bertambah buruk.

Di luar pula - ada pula manusia yang mati tanpa menunjukkan tanda ada penyakit. Ramailah yang meninggal dunia di atas jalanraya, dalam peperangan, ketika sedang bersukan, semasa dalam keadaan berehat, duduk, tidur, menari-nari dan sebagainya berbanding mereka yang dalam kesakitan.

ALlah mengajar mengapa kita semua dijadikan :
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. (Surah Ad-Dzariyyat ; 56).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan