Isnin, Jun 1
Ilmu..sudah berilmu ke kita di mata Ilahi...?
Assalamualaikum warahmatullah,
Menuntut ilmu adalah umpama mendaki sebuah bukit di mana dalam pendakian tersebut seseorang akan bersinggah di 5 tempat persinggahan:
Persinggahan pertama (di kaki bukit, sebelum mula mendaki):
Ini adalah tempat asal semua penuntut ilmu, di mana seseorang itu berada didalam keadaan jahil dan tidak tahu-menahu.
Persinggahan kedua:
Ini adalah tempat semua orang yang ingin mengubati kejahilan dirinya. Di tempat ini akan ditemui berbagai sumber ilmu pengetahuan. Dengan sikap terbuka lagi bersemangat seseorang itu mengambil dan memanfaatkan semua ilmu-ilmu yang ditemuinya di sini.
Persinggahan ketiga:
Ini adalah tempat bagi orang yang telah mengumpul semua ilmu yang ditemuinya
di persinggahan kedua. Dengan terkumpulnya semua ilmu tersebut, dia merasakan dirinya hebat dan alim. Maka ditempat persinggahan ini seseorang itu berubah menjadi takabur, ujub dan sombong. Dia tidak lagi mahu membuka pintu-pintu ilmunya melainkan orang lainlah yang wajib membuka pintu mereka untuk menerima sumbatan ilmunya.
Persinggahan keempat.
Jika seseorang itu mahu meneruskan pendakian setelah tempat persinggahan ketiga, dia akan menemui tempat persinggahan ini yang dipenuhi dengan sumber-sumber yang dapat menyedarkan dirinya. Kesedaran ini akan mengubah dirinya ke arah sifat tawadhu' dan rendah diri. Dia akan kembali sebagaimana dirinya di tempat persinggahan kedua, suka berkongsi ilmu dan bertukar pendapat. Hanya sahaja kini dia lebih matang dan dewasa, hasil hikmah sifat tawadhu' yang menyinar dari hatinya. Seterusnya dia mendaki lagi:
Persinggahan kelima (di puncak bukit):
Di persinggahan ini dia mencapai kemuncak ilmu, iaitu dia tahu bahawa dia sebenarnya tidak tahu apa-apa melainkan Allah yang mengetahui semuanya. Apa sahaja yang benar disedari bahawa ia berasal dari Allah manakala apa sahaja yang salah diakui bahawa ia berasal dari kelemahan dirinya sendiri.
Kita sekarang berada di persinggahan yang mana ? Harapnya bukan yang pertama
dan bukan yang ketiga. Jika kita berada di tempat persinggahan pertama atau ketiga ini, ayuhlah cepat-cepat kita meneruskan pendakian. Janganlah berehatlama-lama di sana.
Jika kita berada di persinggahan keempat, ingatlah bahawa kita sedang mendaki bukit, bila-bila masa boleh tergelincir jatuh ke bawah.
Teruskan mendaki. Dan kita mendaki sebagai satu pasukan. Insya-Allah semoga kita semua sampai ke puncak bukit, di tempat persinggahan kelima.
Sekian sekadar renungan dan iktibar bersama.
Labels:
tuntutlah ilmu selagi bernyawa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2009
(380)
-
▼
Jun
(40)
- BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
- Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke...
- sejauhmana keikhlasan si dia?
- 14 Tip Tawan Jiwa Sahabat
- Tips Untuk Menjadi Kaya
- Cenderahati yang tak mungkin mencederakan hati....
- Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu..
- SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA BAPA-BAPA YANG MENGH...
- Setiap Keputusan Melahirkan Harapan
- Fokus kejayaan untuk berjaya
- Kaya Bukan Satu Dosa..
- MESTIKAH MENCINTAI ITU BERERTI MEMILIKI...?
- Syukurlah, Marilah Belajar Bersyukur
- Kita hidup di hari ini untuk apa? Apa tujuannya?
- ...biLa si SuAmi HAntAr Puisi HALus Kpd ISteri utk...
- APA YANG KITA FAHAM TENTANG C..I..N..T..A
- JANGAN JANGAN & JANGAN...
- Sayangi Dirimu Untuk Menyayangi Orang Lain
- AKU BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI ANAKMU..
- PAMERKAN SENYUM DAN TAWAMU SEIKHLAS HATI...
- DUIT ' PRO DAN KONTRA '
- APAKAH YANG MEMBENTUK MOTIVASI DALAM DIRI KITA?
- APAKAH HADIAH SEBAGAI TANDA KITA MENHGHARGAI KASIH...
- REHAT JAP
- TIP IBU CEMERLANG
- APA KOMEN KORANG BILE ABIS BACA CITE NIE..
- CINTA..MAMPU KE BAYAR HARGANYA
- Dairi Kehidupan Cikgu
- PESAN TOK GURU
- ADAKAH EGOMU..TIDAK MEMBEBANKAN ORANG LAIN
- HARI-HARI IALAH HARI JADI BAPAKKU
- ADA HANTU KE NIE....?
- HEBATNYA WANITA
- REHLAH MINDA.......SALAH FAHAM JE
- TULANG RUSUK....SEMUA DAH JUMPA KE?
- TERIMALAH SAHABATMU SEADANYA
- CINTA SUCI TAK PERLU SEBARANG SEBAB
- Ilmu..sudah berilmu ke kita di mata Ilahi...?
- JODOH OOHHH JODOH
- PETUA PANJANG UMUR ~DR.FADZILAH
-
▼
Jun
(40)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan