Rabu, April 22

ULANGTAHUN PERKAHWINAN MURAT DAN AIDA

3 April 2009 yang lepas telah genap 10 thn perkahwninan Murat dan Aida. Syabas dan tahniah kerana berjaya mengharungi suka duka dan cabaran alam rumahtangga dengan cemerlang. Moga ikatan perkahwinan ini akan kekal selama-lamanya. Dikurniakan anak-anak yang sihat, soleh dan solehah yang boleh membahagiakan kehidupan di dunia dan akhirat.
Setakat hari ini dikurniakan 4 orang cahaya mata...Nurain Athirah (9thn), Nurizzah Arifah(4thn), Nurhuda Mardhia(2thn) dan Nur Umairatul Uzma(baru nak masuk 2 bulan).

Alangkah bahagianya dikurniakan seorg pasangan hidup yang sangat memahami diri kita, menerima segala kelebihan dan kekurangan kita seadanya, meyayangi bukan sahaja diri kita tetapi seluruh ahli keluarga kita(ayah,ibu dan adik2). Bertuah sungguh ko murat...moga ko menghargai setiap keistimewaan yang diberikan kepadamu...segala susah payah ketika mengharungi segala masalah rumah tangga perlu sentiasa dikenang supaya bila kita berada di puncak kejayaan nanti kita sentiasa ingat siapa bersama kita di waktu kita susah dulu...moga ko sentiasa menjadi murat yang aku kenali dulu...amin


1 ulasan:

  1. Gambar sambutan ulangtahun yg terkini x ada ke??? Nak gak tgk... Huhuhu... Dulu dan kini...

    BalasPadam