Rabu, April 22

BERILAH SEDIKIT PENGIKTIRAFAN SEWAJARNYA


Tahukah kita sebenarnya kanak2 mengharapkan diberikan pengiktirafan


Apabila saya menjalankan program bimbingan dan temubual secara langsung atau tidak langsung melibatkan murid-murid atau kanak2, guru-guru akan meluahkan perasaan mereka tentang bagaimana sukarnya menangani pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Tekanan yang dihadapi oleh guru-guru ini amat difahami dan saya bersimpati dengan mereka. Tetapi kerapkali apabila kita bergelumang dengan masalah kita buntu mencari penyelesaiannya. Umpama orang yang sedang kelemasan, dia perlukan orang lain untuk selamatkan dirinya.
Masalahnya ialah kita sering lihat kepada yang buruk dan kita lupa bahawa setiap manusia itu ada kelebihan dan kebaikannya. Tidak ada seorang insan normal yang apabila menadah tangan mendoakan kegagalan dalam hidupnya. Begitu juga pelajar-pelajar ini. Mereka sebenarnya punya kelebihan dan kebaikan yang selama ini tidak dieksploitasikan sepenuhnya oleh guru-guru. Mereka juga mahukan pengiktirafan seperti diberikan tanggungjawab, dipercayai dan dipuji. Apabila guru tidak peka tentang keperluan ini maka mereka mencari pengiktirafan dengan melakukan perkara yang buruk. Mereka rasa seronok apabila kawan puji kata mereka berani, ’sporting’ dan sebagainya. Bagi mereka itu satu bentuk pengiktirafan lebih-lebih lagi apabila mula diterima sebagai orang yang kononnya satu kepala.Sebab itulah, untuk membendung masalah sosial dan disiplin dikalangan pelajar maka guru-guru jangan sekadar melihat kepada bentuk hukuman yang perlu dilakukan. Sebab apabila kita memikirkan hukuman maka kita fokus kepada kesalahan. Sebaliknya fikirkan apa bentuk pengiktirafan yang mahu diberikan maka akal mula terdorong mencari kelebihan, kekuatan dan keunikan yang ada dalam diri setiap pelajar yang asalnya dilabel sebagai bermasalah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan