Jumaat, April 17

KITA DI PIHAK MANA? BERSEDIA MENERIMA KEGAGALAN @BERCITA-CITA UNTUK BERJAYA

Mungkin kita bukanlah insan yang amat cemerlang dari segi sikap, akhlak, keperibadian, akademik, hubungan dengan rakan-rakan dan sesama insan di sisi Allah...tapi sekurang-kurangnya terdetik di hati kita untuk memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa. Kalau adalah terlintas niat di hati kita mengakui kelemahan diri, serta cuba menggunakan tiap kelebihan yang diberikan oleh Allah seperti panca indera yang sempurna, sihat tubuh badan, sokongan family yang berterusan & mantop kepada kita untuk meminimumkan kelemahan yang kita ada.." orang hebat ialah orang melihat setiap permasalahan dialami itu sebagai peluang kepada dirinya untuk memperbaiki kelemahan diri, masalah atau musibah .Sentiasa beranggapan bahawa setiap kejadian itu berlaku untuk menguji keutuhan jati diri masing-masing untuk bangkit kembali dari setiap kali jatuh tersungkur tanpa rasa rendah diri, kekecewaan yang terlampau.., menyalahkan orang lain apabila berlaku setiap musibah...sebaliknya mengkaji tiap punca, kesan dan akibat serta menyusun strategi baru untuk maju ke hadapan...moga aku juga tergolong dalam golongan yang bercita-cita untuk terus mara ke hadapan...anda semua bagaimana?..." kita akan menjadi sebagaimana yang kita fikirkan di dalam hati...so positifkanlah pemikiran kita dan terus berusaha "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan