Sabtu, April 25

MAMPUKAH ANDA PROTECT IMPIAN ANDA DARI SEBARANG HALANGAN YANG MENDATANG

Seringkali kita dengar setapak kita melangkah ke hadapan, seribu tangan menarik kita ke belakang. Ini lah situasinya. Semakin kita kata boleh kepada diri kita, semakin ramai orang akan muncul di dalam kehidupan kita dan menafikannya. Semakin besar anda mengimpikan sesuatu, semakin ramai akan kata anda tidak mungkin menggapainya. Semakin anda cuba fokus kepada kejayaan anda, semakin ramai mengajak anda berseronok di luar sana. Menempuhi kehidupan seperti biasa, kehidupan di dalam comfort zone selamanya.
Sekiranya anda mempunyai impian, anda perlu PROTECT impian anda. Jangan biarkan orang menganggu anda dan impian anda. Anda dan impian anda, dan hasrat hati anda adalah ibarat pasangan kekasih. Saling memahami, memenuhi dan bekerjasama serta menjaga satu sama lain. Sekali anda membiarkan orang menganggu impian anda, fantasi anda, sekali itu juga anda akan secara tidak sedar, menurunkan motivasi anda dan menarik banyak benda yang tak membantu ke arah anda. Semakin kerap ia berlaku, maka anda semakin menghampiri perasaan putus asa.
Impian anda, adalah hak anda. Anda boleh berkongsikannya kepada sesiapa yang anda mahu, tetapi anda tidak boleh biarkan orang CURI impian anda. Ia hak anda! Anda perlu faham juga, ramai orang tidak mampu melakukan sesuatu yang anda mungkin mampu lakukan, jadi mereka akan menafikan kemampuan anda berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Saya ambil contoh bungee-jump. Orang yang pernah naik ke tempat tinggi dan bersedia untuk melakkan terjunan dan kemudian membatalkannya pada saat akhir, pasti saja akan cub meyakinkan anda bahawa, anda tidak akan berjaya, tempat itu terlalu tinggi dan menakutkan dan anda mungkin terjatuh terus mati! Padahal sebenarnya? Ia cuma ketakutan mereka, yang mereka suarakan kepada anda. Dan anda pula tidak melindungi hasrat hati anda, maka anda terpedaya dan tidak mahu cuba bunge jump. Semuanya adalah permainan emosi, dan kawalan minda anda. Saya lebih suka menganggap bisik-bisik ini seperti cabaran kepada saya. Pantang di cabar! Saya boleh buat, apa yang saya kata saya boleh dan saya nak buat. Sekali saya kata, saya mahu lakukannya, tiada siapa dapat pengaruhi saya lagi...Itu sepatutnya ada dalam minda kita..

sekadar renungan dan ingatan bersama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan