Rabu, April 22

BERAPA PERATUS MATLAMAT 2009 TELAH KITA CAPAI SETAKAT NI?



Pejam celik..pejam celik dah hampir 4bulan lebih kita meninggalkan tahun 2008..dah hampir 5 bulan kita melalui 2009..setakat ini bagaimana pencapaian kita dalam mencapai azam 2009..berapa peratus matlamat kita dah tercapai... Persoalannya, sejauh mana anda dah bergerak mencapai matlamat anda? Or, anda dah lupa matlamat anda.
Ketika saya merumuskan dan mencabar anda untuk tulis 50 impian anda semalam, berapa ramai daripada anda yang benar-benar melakukannya? Saya sendiri secara personal tidak pernah menulis 50 impian. Kadang-kadang kepayahan nak mendapatkan listing tersebut, saya baru dapat tulis 27 impian so far.
Tapi saya benar-benar nak pecahkan self-limiting-belief dalam diri saya tahun ini. Nak pecahkan jadi cracked pieces. Nak build up something new yang lebih berguna untuk diri sendiri. Jadi saya beranikan untuk pecahkan ice dalam diri saya, dengan menyenaraikan 50 impian saya so far.
Anda yakin atau tak anda boleh capai impian anda? ORang yang tak yakin, akan kata tak yakin. Orang separa yakin akan kata, boleh kot. Orang yakin akan kata, mesti boleh!Tapi saya yang sedar bahawa kejayaan adalah milik saya, saya akan kata, saya sedang berusaha, berdoa dan bertawakal. Tidak ada satu pun yang saya tak buat. InsyaALLAH, saya yakin akan mencapai kesemuanya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan