Khamis, April 23

PROGRAM HARI BUKU SEDUNIA PERINGKAT SK MERSING KANAN

Sejak 1996, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayann PBB telah menetapkan 23 April setiap tahun sebagai Hari BUku Sedunia. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut seperti promosi galakkan membaca, kegiatan penerbitan dan pembukuan. Antara aktiviti yang dijalankan di Peringkat SK Mersing Kanan ialah murid menjalankan aktiviti membaca dan membuat ringkasan dalam buku NILAM
Tema utk Program ini ialah "Membaca Memperkayakan Minda" Objektif program ini ialah mengingkatkan minat membaca di kalangan masyarakat sekolah. Selain itu juga memberi pendedahan kepada masyarakat sekolah mengenai adanya hari untuk buku yang diiktiraf oleh badan antarabangsa. Di samping memberi peluang kepada masyarakat terutamanya pelajar untuk menjalankan aktiviti2 berkaitan dengan pembukuan. Akhir sekali program ini juga dibuat supaya murid-murid lebih mengenali penulis2 buku tersohor dan menjadikan penulis tersebut sebagai model dalam kehidupan mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah membacakan sejarah hidup sasteraan negara allahyarham Dato Usman Awang. Moga murid2 sekolah lebih mengenali golongan cerdik pandai seperti ini daripada artis...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan