Selasa, April 14

ADAKAH DIA SAHABAT SEJATI?


Insan penting selepas ibu bapa dalam hidup kita ialah sahabat. Bagaimanakah kita membuat penilaian terhadap sahabat yang kita ada?. Apakah ciri-ciri seseorang yang ingin kita jadikan sahabat kita? Tahukan anda sikap dan ciri-ciri sahabat kita secara tidak langsung mempengaruhi sikap dan pendirian kita dalam membuat keputusan dalam setiap permasalahan dalam hidup kita...Orang cerdik pandai ada mengatakan jika kita ingin melihat sikap dan akhlak seseorang...lihatlah dengan siapa orang itu berkawan...bergaul...oleh itu berhati-hatilah dalam memilih sahabat. Dalam dunia ni bermacam-macam jenis manusia yang tidak layak digelar kawan pun apatah lagi ingin diangkat dan ditakrifkan sebagai sahabat. Gunakan akal dalam membentuk perhubungan agar hidup kita tidak terjebak ke arah yang tidak baik dik kerna salah memilih sahabat dan rakan dalam pergaulan...orang cakap berhati-hati di jalan raya..bukannya kat jalan raya je kena berhati-hati...kat semua tempat, dalam apa jua tindakan yang kita ambil..so berhati-hati k..sama-sama kita fikir dan renungkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan