Sabtu, April 25

PERNAHKAH KITA DERMAKAN SESUATU UNTUK DIRI KITA SENDIRI?

Jika kita pernah dengar derma untuk orang lain, derma untuk mangsa bencana alam, derma untuk mangsa perang, pernah tak Anda dengar derma untuk diri sendiri?Derma untuk diri sendiri adalah perkataan yang gunakan sebagai ganti kepada usaha menimba ilmu. Bila kita dah baca buku cuma 1 muka surat, 1 minit dalam 1 hari, itu maknanya kita dah dermakan sedikit ilmu untuk diri kita sendiri. Kita dah masukkan ilmu (walaupun sedikit) dalam minda kita. Ilmu itu berguna untuk minda kita membuat keputusan dengan tepat, membuat tindakan dengan pantas.
Kejayaan seseorang bermula dengan ilmu. Orang lain tak akan mendermakan Anda dengan ilmu jika Anda tak bermula mendermakan ilmu untuk diri sendiri dulu.Orang yang selalu menderma untuk diri sendiri, sentiasa memperbaiki lagi attitude untuk membina peribadi lebih cemerlang. Oleh kerana itu, mudah untuk dia berjaya dalam apa jua yang di usahakan tak kisahlah sama ada dia sedang bekerja keras nak skor dalam pelajaran atau nak berjaya dalam perniagaan. Orang yang jarang menderma ilmu untuk diri sendiri, agak payah untuk dia nak berjaya dalam apa yang diusahakan olehnya. Bahkan, walau dia kuat berusaha dan pernah berjaya, kejayaan sedia ada susah untuk berkembang ke level yang lebih tinggi lagi. Situ-situ saja. Jika Anda jarang membaca, lihat kehidupan Anda. Tanya diri Anda sendiri mengapa kurang ada kecemerlangan muncul dalam hidup Anda. Anda patut tanya diri sendiri sebab apa, mengapa Anda tidak mula memberi derma pada diri sendiri dari dulu, sejak dulu.
Mulai hari ini, jadikan amalan membaca sikap Anda. Mulakan dengan 1 muka surat, selama 1 minit, dalam 1 hari. Dengan itu, Anda dah berjaya membaca 365 muka surat dalam masa setahun!
Jika sekarang ini Anda dah rajin membaca, jangan takut andaikata orang sekeliling memperlekehkan kerajinan Anda membaca atau mengatakan sikap suka membaca tak ada guna. Orang-orang berjaya adalah orang yang kuat membaca! Pastikan Anda derma sedikit saat ini, untuk membentuk masa depan Anda ribuan saat yang akan datang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan