Sabtu, April 18

APA YANG AKU TELAH PELAJARI HARI INI..TENTANG KEHIDUPAN



Salah satu teknik untuk membuat Anda kekal berfikiran positif adalah dengan menanya soalan “apa yang aku pelajari hari ini“. Ok, saya beritahu cara bagaimana untuk Anda gunakannya dengan efektif.
Setiap hari dari pagi sampai ke petang, kita menempuh banyak perkara. Ada yang baik, ada yang buruk. Ada yang membuat kita sakit hati. Ada yang membuat kiat hepi, gembira, ceria.
Orang berjaya percaya hidup ni hanya ada pembelajaran dan kejayaan. Untuk mengubah diri supaya boleh berjaya, kita perlu terus menerus belajar. Cara asas untuk Anda mula berubah supaya sentiasa belajar adalah dengan bertanya soalan “apa yang aku pelajari hari ini“.
Perkara-perkara yang Anda lalui sepanjang hari, itu boleh Anda jadikan sumber untuk Anda belajar sesuatu. Sebagai contoh, jika Anda dimarah oleh bos tiba-tiba, itu maknanya Anda kena tingkatkan kualiti kerja atau mungkin komunikasi Anda lemah di tempat kerja, atau simply Anda buat kerja betul-betul. Cari aspek-aspek positif dalam setiap perkara yang Anda lalui, sama ada baik atau buruk.
Jika Anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, itu maknanya Anda kena merancang lebih awal jalan mana yang perlu dilalui, kemudian keluar awal untuk mengelak kesesakan. Dengan itu, ia membiasakan diri Anda untuk tidak bertangguh. Kesan jangka masa panjang, ia membentuk Anda menjadi orang berdisiplin, menepati waktu.
Bila petang, ambil masa seminit dua untuk menanya diri Anda, “apa yang aku pelajari hari ini” kemudian fikiran seketika apa yang Anda telah pelajari sepanjang hari itu. Ingat semula peristiwa-peristiwa yang berlaku 12 jam yang lalu. Teknik ini sesuai digunakan oleh semua orang, sama ada Anda pelajar universiti, pekerja, usahawan atau peniaga.
Apa saja yang Anda lihat, dengar dan rasa, ambil iktibar, ambil pengajaran daripadanya. Lebih hebat lagi, jadikan ia sumber motivasi Anda.
Mungkin, Anda teringat ketika Anda sedang berjoging di waktu pagi, Anda terlihat seorang wanita tua membongkar tong sampah dengan penuh tekun untuk mencari sisa-sisa yang boleh digunakan. Lihat dan pelajari apa yang tersirat dari situasi yang sedang berlaku di depan mata Anda.
Tanya diri Anda, “apa yang aku pelajari dari hal ini?”
Mungkin, ia jadi iktibar buat Anda. Andai wanita tua itu gigih meneruskan hidupnya dengan membongkar tong sampah, maka Anda kena teruskan hidup Anda dengan cara yang lebih baik lagi, sebab Anda tak perlu membongkar tong sampah seperti dia kerana Anda ada keluarga, sanak saudara, kawan-kawan sebagai pendorong untuk Anda berusaha lebih rajin dari yang sebelumnya.
Anda ada kerja dan Anda ada duit untuk beli makanan sendiri. Maka, Anda harus bersyukur! Akhirnya, itulah apa yang Anda pelajari untuk hari itu. Amalkan bertanya soalan “apa yang aku pelajar hari ini?” setiap petang, Anda akan mula terasa kesannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan