Isnin, Februari 15

NIKMATI KESERONOKAN BERNAFAS NGAN PENUH GAYA...


"Sibuk, sibuk, sibuk!"

Dunia hari ini penuh dengan kesibukan lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di kotaraya metropolitan ini. Semua orang sibuk dari yang berpangkat menteri hinggalah ke penganggur. Eh, penganggur pun sibuk? Jangan tak tahu, pengganggur sibuk mencari kerja. Kadang-kadang tak sempat nak tarik 'nafas panjang' walau seminit apalagi nak meditate sampai 30 minit. Sibuk hingga kita tak perasan masjid di kawasan kita telah dicat dengan warna lain. (hehehe..jangan marah,...bagi contoh je..)

Hari ini, saya nak mengajak semua orang yang sibuk atau yang berpura-pura sibuk meluangkan selama 6 saat untuk relax. Tak lama, cuma 6 saat sahaja untuk bernafas panjang-panjang yang saya panggil 'relaxing breath'. Betul ke 6 saat? Mengapa? Tak percaya ke?

Yes, that's right..only 6 seconds. That's the time it takes to let ourselves have 1 'relaxing breath'. 2 seconds breathing in through our noses, and 4 seconds exhaling through our mouths.

Baca dulu entri ini sampai ke penghujung. Selepas itu boleh praktis, 2 saat tarik nafas ikut hidung, 4 saat lepas nafas ikut mulut. Walaupun cuma 6 saat tetapi ia boleh membantu tubuh badan kita untuk merasa segar dan menyamankan(relax) minda kita. Let our heart rates go slow and let some of the stress slide away.

Now, bagaimanakah caranya kita menghadiahi diri kita sendiri dengan 'relaxing breath' dalam keadaan kita yang sibuk dengan kerja; lepas satu kerja, satu kerja kita kena bereskan.

Caranya adalah dengan menambahkan 'relaxing breath' yang cuma 6 saat itu ke dalam schedule kita. Contohnya seorang setiausaha - setiap kali talipon berdering, sebelum menjawab panggilan, buat dulu 'relaxing breath' ( tentu tiada siapa yang notis kerana ia mengambil masa cuma 6 saat). Jika anda seorang jurutera, buat 'relaxing breath' setiap kali menggunakan kalkulator. Jika anda seorang akauntan, buat 'relaxing breath' setiap kali melihat angka 7 misalnya. Jika anda seorang guru, buat 'relaxing breath' setiap kali dengar loceng sekolah berbunyi. Jika anda seorang editor, buat 'relaxing breath' setiap kali terjumpa tanda koma. Mudahkan?

Bagaimana dengan seorang surirumah .....? biasakan buat 'relaxing breath' setiap kali nampak bantal..hehehe.. sebab bantal tu selalu menggoda si surirumah...…Alangkah sedapnya jika dapat meletakkan kepala di atas bantal..

Now, it's time to put our creativity to work for ourselves. Isi tempat kosong dalam ayat di bawah. Selepas itu share dengan saya, bila dan bagaimana anda melakukan 'relaxing breath' ketika meniti waktu seharian anda.


I'm a___________________, so I'll take a breath each time I___________________.


Selamat bernafas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan