Isnin, Februari 15

JANGAN BIARKAN KEBENCIAN DAN KESEDIHAN MENGUASAI DIRI KITA


Kebencian (hate) menyebabkan kita hidup dalam keadaan yang tidak gembira (happy). Selain dari itu ada lagi satu H, kesan dari kebencian yang bersarang dalam diri kita iaitu HEALTH (kesihatan). Mungkin kita tidak menyedari bahawa kebencian boleh menjejaskan kesihatan kita yang juga menyebabkan kita sengsara (not happy). Kebencian yang saya maksudkan di sini ialah kebencian yang negatif.

Apabila kita membenci seseorang, sebenarnya kita memberi mereka kuasa, memenangkan mereka ke atas kita. Tidur kita terganggu, kita hilang selera makan, tekanan darah tinggi kita mungkin naik, dan kita asyik memikirkan tentang orang yang dibenci setiap masa. Musuh kita itu mungkin akan melompat kegembiraan jika dia tahu hidup kita sengsara dan tidak tenang. Kebencian kita itu tidak memudharatkan mereka sedikit pun sebaliknya akan memudharatkan diri kita sendiri. Ada kajian yang menunjukkan bahawa orang yang mengalami hypertension selalunya orang yang menyimpan rasa benci yang berpanjangan dan keterlaluan serta sukar untuk memaafkan orang lain (Hypertension is a great cause of heart failure)

It sounds unfair - orang yang dibenci (mungkin kita benci kerana dia buat sesuatu pada kita seperti menipu dan sebagainya) tidak terjejas hidupnya - dia tetap macam biasa, happy dan sihat sebaliknya kita yang merana dan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit. Hidup kita menjadi tidak sihat secara fizikal dan tidak happy secara emosi.

So, what's the solution? The solution is truly simple. Jika ada orang yang membuatkan kita marah atau benci, cepat-cepat maafkan mereka. Tunjukkan kepada mereka bahawa kita tidak terjejas sedikit pun dengan perbuatan mereka itu. Ada ubi ada batas…ada hari Allah yang akan balas perbuatan mereka tersebut. Kita tidak perlu risau kerana hidup ini bagaikan putaran roda dan Allah itu Maha Adil.

Do not buy into anger or hate….just relax and realize that by just staying calm, we are in fact looking after our health

Tiada ulasan:

Catat Ulasan