Isnin, Februari 15

BELAJAR MEENERIMA KELEMAHAN DIRI DAN SENTIASA BERUSAHA MENGATASI TIAP KELEMAHAN..


Hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari daripada menerima dan memberi kritikan. Jika tidak mahu mendengar kritikan, agaknya kena hidup dalam hutan (silap-silap monyet pulak kritik kita). Tanpa mengira apa status sekali pun, kritikan itu tetap ada..yang kaya dikritik, yang miskin dikritik, yang kerja dikritik, yang menganggur dikritik dan yang surirumah macam mak saya pun dikritik juga. Yang kerja dapat kritikan dari boss dan kawan-kawan sepejabat. Surirumah dikritik oleh anak-anak dan suami.

"Hari ni mama masak tak sedap la..tak rasa apa"
Berdesing telinga mendengarnya.sudah bersusah payah dan penat memasak, begitu pulak yang dikomen. Itu belum lagi mendengar komen dari suami tentang gosok seluar jadi double line..hehehe..

"Abang banyak komen, abang gosok sendiri lah seluar ni" Haaa…menjawab jugak tu..
Dulu ketika kecil, belum ada pengalaman, apabila orang mengkritik - yang perempuan selalunya menangis dan yang lelaki, kuat sikit, lawan kritik dan last sekali bertumbuk. Tapi apabila kita sudah dewasa sekarang ini, malu kalau buat perangai macam budak-budak. Justeru, kita kena belajar cara-cara menangani (handle) kritikan. Bukan mudah bila berdepan dengan kritikan kerana kita ada ego masing-masing namun kita harus berusaha untuk memperbaiki sendiri.

Di bawah ini ada beberapa tips untuk menangani kritikan:-

1. Keep an open mind - berfikiran terbuka
Bila suami kata "seluar ni macam tak bergosok", jangan cepat-cepat melenting. Tengok bahagian mana yang nampak masih berkedut dan perlu digosok semula. Berfikiran terbuka menerima kesalahan dan kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaikinya. Never assume ourselves or our work to be perfect.

2. Learning to distinguish feedback from insults - belajar membezakan di antara kritikan yang membina dan penghinaan.
Ada perbezaan di antara kritikan yang membina dan kritikan yang negatif (penghinaan). Tapi malangnya kita selalu menganggapnya dua jenis kritikan ini sama. Bagaimana untuk membezakannya? Jika seseorang itu memberi kritikan dengan ikhlas (kritikan yang membina), dia tidak akan menyerang (mengkritik) peribadi kita sebaliknya dia akan lebih fokus kepada kerja yang kita buat yang perlu diperbaiki. Kritikan yang negatif pula akan menyerang dan menghina peribadi serta memalukan kita samada di khalayak ramai atau secara private. Dengan belajar membezakan di antara kedua jenis kritikan ini, kita akan lebih mudah menerimanya.

3. Let it slide - biarkan ia berlalu
Menerima kritikan adalah sesuatu yang membuatkan kita sedih (upset) tetapi kita harus ingat bahawa dengan kritikan itulah kita akan menjadi lebih baik dan lebih maju. Jangan biarkan kritikan itu menguasai emosi kita. Let it slide, take a deep breath and try not to dwell on it days after hearing about it.

Mudah-mudahan kita lebih tenang menghadapi kritikan, insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan