Jumaat, Februari 12

KERJA + HAL PERIBADI = REALITI KEHIDUPAN

Setiap dari kita pasti punya tanggapan berbeza terhadap kerjaya mereka. Sesetengahnya amat berpantang, hal peribadi jangan dicampur adukkan di dalam kerja. Dalam kategori ini, dia itu akan sering bertindak mengasingkan dua medan tersebut untuk berketrampilan selesa. Terkadang punya dua talian telefon yang berbeza, dua akaun emel atau laman social network yang berlainan, dan berencam ragam.

Ada juga yang lebih suka mencampur adukkan kesemuanya. Sudahnya di meja makan bersama keluarga, dia itu akan bercakap tentang untung rugi saham berbanding puji-pujian pada masakan isterinya. Jika kerja seharian memotivasikan orang lain, maka di rumahnya juga pasti berkumandang syarahannya. Cara fikir di pejabat dan di rumah berpadu, membentuk penampilan yang sama.

Namun, pro dan kontra dalam memilih salah satu darinya adalah sesuatu yang tidak harus dibasa-basikan. Saya secara peribadi, seperti juga semua orang di dunia, memasang cita2 menjadi insan yang seimbang segala segi. Namun, kerja dan hal peribadi bagi saya adalah hidup yang sama. Disebabkan itu, saya merasa sangat tidak berdosa untuk mencoretkan perihal kerja di taman larangan ini, yang tumbuhan melatanya adalah kisah-kisah peribadi lampau. Ada ketikanya pada saat tertentu ia wajar ditembok besi dengan imbangan otak kanan dan kiri.

Saya gembira terjun ke dunia baru. Biar sibuk dengan urusan kerja dan family. Menulis dan berfikir dalam sastera, walau hobi menjurus perkara yang rencam dan pelbagai. Saya gembira jadi manusia begini. Jujur, ia membuatkan saya sangat cerewet dalam segala hal. Tapi tidak bermakna kita tidak menyambar mana-mana peluang yang ada yang baik untuk perkebangan kerjaya dan peribadi.

Syukur saya di sini. Sepanjang pergi dan pulang ke tempatkerja, sejauh empat kilometer sehari-hari sering dihias senyum yang menguntum seri. Setiap hari adalah hari-hari yang sarat dengan ilmu yang baru. Insan-insan yang saya temu punya laut ilmu yang harus saya ceduk satu persatu. Lalu dicurahkan kembali buat telaga kering yang tergali.

Begitulah perasaan saya yang sama diperkatakan oleh sahabat saya, ...yang bertajuk Andai Ada Jalan Yang Lebih Baik,Ada yang berkata…rugi ya berada di sini di saat ramai insan2 semakin penuh dengan perasangka buruk tentang diri saya…namun, saya langsung tidak merasa rugi walau sedikit pun…jika disuruh untuk memohon bertukar ke tempat kerja baru.hati saya seakan berat untuk melakukannya…keikhlasan dalam bekerja itu sendirinya melahirkan ketenangan dalam jiwa…sungguh saya merasa tenang dengan apa yang saya lakukan setiap hari…saya masih yakin dan percaya masih ada insan yang memrlukan tenaga saya di sini...walaupun bukan di kalangan rakan2 tapi klien saya.pelajar2 yg comel2 yang sentiasa tertunggu2 ke hadiran saya di pintu klaz tanpa rasa jemu..dan sering bertanya ke mana saya pergi jika tidak masuk ke klaz mereka jika ada meeting dan kursus yang tidak dapat dielakkan....tiada perasaan yang lebih bahagia dalam hidup saya jika kehadiran kita dihargai dan ketiadaan kita dirasai oleh insan2 kecil yang sentiasa menghargai kehadiran ku di sekolah..terima kasih murid2ku kalian adalah sumber kekuatanku untuk terus berbakti dan sentiasa bersemngat utk ke sekolah setiap hari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan