Khamis, Februari 4

APA MAKNA KESEMPURNAAN DALAM HIDUP ANDA?






Semua orang inginkan kehidupan ‘sempurna’.

Ada yang ingin kelihatan cantik dan ‘sempurna’ dalam menjalani kehidupan setiap hari.
Ada yang ingin memiliki kebijaksanaan ‘sempurna’.
Ada yang ingin memiliki perniagaan ‘sempurna’.
Ada juga yang ingin menghasilkan karya-karya sempurna.
Ada yang sentiasa inginkan pasangan yang ‘sempurna’.
Ada yang sentiasa inginkan anak-anak mereka menjadi manusia ‘sempurna’.
Ada yang ingin sentiasa ‘menyempurnakan’ rekod peribadi.
Ada yang sentiasa ingin merubah bentuk fizikal supaya menjadi lebih ‘sempurna’.
Ada yang sentiasa inginkan pemerintahan kerajaan menjadi ‘sempurna’.
Beli ikan kat pasar pun nak yang sempurna…Ye tak??

Dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan kita seharia, pernah tak kita temui kesempurnaan? Wujudkan dunia yang benar-benar sempurna? Seronokkah hidup ini jika segala-galanya sempurna? Jika segala-galanya sempurna, apakah yang perlu kita cari lagi? Apakah dia kehidupan sempurna? Wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Superman pun ada kelemahan sendiri

Miss World yang menang anugerah wanita paling cantik dan ‘sempurna’ pun ada kelemahannya….(auratnya)

Kadang-kadang yang tidak sempurna dan kurang cantik turut memberikan keseronokan.

Hakikatnya, tidak wujud manusia sempurna…(wallahualam)

Tapi, Tuhan jadikan kelemahan itu ada sebabnya…

Tuhan jadikan manusia pelbagai bentuk dan rupa, pelbagai bangsa dan agama, pelbagai sifat dan warna…Tapi tiada yang sempurna…sebabnya....Yang bijaksana akan mengajar ilmunya kepada yang masih muda akalnya.....Yang mampu dan kaya diharapkan dapat membantu yang susah dan menderita…Yang kuat membantu yang lemah, Yang berkelebihan akan membantu yang serba kekurangan, Yang jahat pun memerlukan nasihat…

Yang baik perlukan yang sesat untuk mempelajari makna hakikat..Kita sesama saling memerlukan..Ketidaksempurnaan itulah yang menyatukan manusia..Tidak mungkin wujud kehidupan sempurna di dunia….

Kerana ‘sempurna’ itu, hanyalah milik Tuhan…

Moral Cerita:
Mengejar kesempurnaan memang lumrah manusia. Namun apabila sedar akan hakikat kesempurnaan bukan milik kita, maka cubalah kita ubah naluri kita ke arah melakukan setiap pekerjaan dengan sebaik mungkin, bukan demi kesempurnaan. Insyaallah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan