Khamis, Februari 18

AKU KALAH KE HARI INI.....?



Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal :

sesekali kita akan "dikalahkan" oleh diri sendiri.
Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita menyiakan yang kita telah kalah.
Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri.

Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita. Dan begitulah seterusnya... Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...

Adakah betul kita kalah!!
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri. Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan.

Kita akan terus dikalahkan seandainya kita mengalah. Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita. Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukumam bagi ' orang yg kalah '.Hari ini. Kita tidak kalah. Kita adalah 'PEMENANG' yang ditunda kemenangannya.


PESANAN UNTUK INSAN YANG MERASA DIRINYA SENTIASA KALAH...
keluh kesah, berfikiran negetif, menyalahkan persekitaran, putus asa, tidak bersemangat, pemarah, pendendam, merajuk, geram, benci.
DAN TENTUNYA semuanya tidak berhenti di situ, fizikal kita akan menerima ' arahan ' dari apa yang kita fikirkan. jadilah kita seorang yang dilihat negetif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan