Isnin, Februari 1

HARI ESOK TETAP ADA...TAPI AKU AKAN ADAKAH LAGI PADA HARI ESOK...?

Ntah kenapa tetiba je ati aku sayu mlm2 camni...sedih je rasanya...nape ekk...jadi aku salurkan rasa sedih aku ni utk dikongsikan ngan pembaca2 blog aku nie....aku tau aku bukannya seorang lelaki yang baik...orang yang rapat ngan aku cukup mengenali diri aku...aku cuma lelaki yang sentiasa berusaha nak jadi baik dan bertanggungjawab..dalam usaha tu banyak halangan dan dugaan yang aku tempuhi...aku xsekuat mana menghadapi dugaan hidup...dari segi luaran memang nampak aku dapat mengawal segala keadaan dan rintangan yang melanda...dari segi dalaman cuma Allah dan aku je yang tau....

kematian merupakan masalah yang sudah pasti..
dan kita harus menghadapinya..
walaupun sekaya mana pun kita...mungkin sekaya bill gate @ donald trumph ..
walaupun seberkuasa mana pon kita diatas muka bumi ini..
kita tetap akan menghadapi hari kematian.
sebab kematian itu pasti...cuma masa dan waktu je kita tak tahu...
dan semua itu berlaku dengan qada' dan qadar Allah
tiada seorang pun dapat mengaturnya dan tiada siapa dapat menghalangnya..

Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.

'hari kelmarin sudah berlalu dengan keresahan dan kebimbangan..dan mungkin juga anda berjumpa dengan kegembiraan di hari kelmarin..ianya sudah selesai..
dan TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI akan berulang..
ia tidak akan berulang sekalipun walaupun seluruh dunia bersatu untuk mengubahnya.."

hari esok pula..masih berada di dalam keghaiban..
ianya masih belum datang walaupun pada ketika ini..
tak perlu meminta..tak perlu mengharap..
kerana Hari Esok tetap akan datang dengan sendirinya..

dan ingatlah..kita hadapi hari esok dengan tenang dan yakin..
sebab Allah sendiri sudah berfirman..
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya"
(albaqarah ayat:286)

dan AKU berharap dan selagi AKU mampu..
aku boleh menghadapi hari esok.
walaupun mungkin esok menjanjikan kepahitan dan kesedihan tidak teduga untuk aku..
AKU mengharap sangat aku boleh menghadapi dengan tenang..
walaupun begitu sukar untuk AKU menerima kenyataan...
walaupun pada saat itu AKU kurang beryakinan..
mungkin juga pada saat itu AKU rasa hilang segalanya..
mungkin aku rasa kehilangan..
mungkin pada saat itu ..AKU rasa AKU sudah penat..
walaupun pada hari esok mungkin hati AKU di siat-siat dan di carik-carik..
mungkin saat itu aku sudah bertongkat..
dan mungkin juga AKU sudah terjelepuk dan tertumus ditanah..

walaupun begitu payah, tapi AKU tetap akan berdiri tegak.
sebab AKU yakin mesti ada sinar untuk hari yang berikutnya.

dan pada saat itu AKU berharap sangat rakan-rakan disekeliling...
orang-orang yang AKU sayang..
(walaupun mungkin mereka tidak menyayangi AKU..)
dapat membantu AKU seadanya dalam menghadapi hari2 yang mendatang..
dan walaupun apa pun terjadi pada hari esok..
mungkin pada hari esok..atau hari2 yang mendatang..
disaat AKU meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya..
dan pergi AKU tidak akan kembali..
aku berharap AKU akan mati sebagai
seorang MUSLIM yang taat pada Allah..SEMPAT KE AKU bertaubat atas dosa2 aku
Seorang Ayah yang bertanggungjawab
Seorang suami yang penyayang
seorang anak yang mengasihi dan taat pada ibu-bapanya..
dan kalau pada saat itu..
supaya saya dapat pergi dengan tenang..
AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan