Rabu, Ogos 19

Semahal Mana Harga Diri Kita?


Sebelum memulakan seminar, Prof.Amirul Ummar mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Amirul Ummar..
Semua peserta mengangkat tangan."Aku akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan aku membuat sesuatu dahulu ". Prof Amirul meramas-ramas duit itu hingga renyuk.Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Amirul mengangguk dan mencebikkan bibir."Okey apa kata kalau aku buat macam ni?"Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Prof Amirul memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor."Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Amirul.
Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan."Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Amirul lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Amirul."Walau apapun yang aku lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Amirul. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.Prof Amirul mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung."Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang di sekeliling kita."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Amirul.Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...

Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan