Rabu, Ogos 26

SEDAR LE DIRI SIKIT OOI....

ASSALAMUALAIKUM semua.

Hari ni saya saja-saja nak kongsikan sedikit perkara yang sedang bermain-main di fikiran ni. Terutama bila melihat wajah di cermin setiap pagi. Walaupun saya masih rasa wajah saya takdelah mencerminkan usia saya yang sebenar, hehe (ehem, jangan marah ya...) tapi diri tetap sedar yang usia kini semakin meningkat. Bila membaca doa melihat cermin, selalu terfikir adakah akhlak diri ni secantik atau seceria wajah yang terpancar di cermin tersebut. Bimbang juga maksud di sebalik doa tersebut tidak tercapai.

Kawan-kawan pun tahu kan, saya dah pun berusia 30an . Kalaupun terasa diri masih berjiwa remaja dan gila-gila sikit tapi saya sedar terlalu banyak diri ini kurang dari segi bekalan untuk dibawa menghadap YANG MAHA PENCIPTA di kemudian hari. Bila tengok diri dalam cermin, yang mata kasar nampak ialah bentuk wajah, kulit muka ada jerawat atau tidak, kulit dah berkedut ke belum... muka nampak kusam atau nampak ceria dan tegang... dan macam-macam lagi. Tapi kalau dilihat dengan mata hati, terasalah, "aku ni dah 30an tahu dah... apalah yang aku dah buat sepanjang usia banyak ni?". "Agaknya kalau Allah panggil pulang sekejap lagi, entah apalah sangat yang dapat dijadikan saksi." Hmm... terasalah yang diri ini masih terlalu jauh dari menjadi hambaNYA yang soleh.

Sepanjang 24 jam sehari ni, saya boleh jamin, terlalu sedikit masa yang saya peruntukkan untuk menolong iman dan agama Allah. Yang banyaknya ialah kerja, kerja, buang masa, shopping, sembang, main-main dan macam-macam lagi. Waktu yang wajib untuk menghadap ALLAH pun rasanya kalau dikumpulkan tidak sampai pun 1 jam sehari. Kenapalah sikit sangat masa diri ini peruntukkan untuk TUAN sendiri? Walhal nanti saya akan menghadapi EXAM yang lagi besar dan sukar.

Hari ni, bila sedang bersiap memakai pakaian untuk pekse PTK sempat juga dan merenung dalam diri, melihat kemasnya diri di dalam cermin untuk keluar menjalankan kewajipan dan amanah, sekali lagi pertanyaan itu datang,

"SUDAHKAH AKU CAPAI MATLAMAT SEBENAR HIDUP INI?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan