Ahad, Ogos 23

APA PENDAPAT ANDA TENTANG PANDAI DAN TIDAK PANDAI

Sejauh mana betul penilaian kita tentang pandai dan tidak pandai...sering kali kita lihat dan dengo, pelbagai hadiah, anugerah diberikan kepada insan2 yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan penting...adakah kita dapat pasti 100% pelajar ini akan berjaya dalam kehidupan mereka 10 thn akan datang...bagaimana pulak dengan pelajar yang sering gagal atau kurang berjaya dalam peperiksaan..adakah mereka ini diandaikan akan gagal dalam kehidupan mereka pada masa akan datang...

Adakah dalam hidup ini kita perlu bersikap prejudis terhadap mereka yang tidak 'pandai'? Adakah mereka yang 'pandai' sahaja yang wajib diberi sokongan, bantuan dan penghargaan? Adakah pandai itu hanya sekadar mendapat berpuluh A? Adakah orang itu dikatakan pandai hanya kerana cemerlang di dalam peperiksaan?

Tidak pandaikah orang itu jika dirinya gagal dalam matematik tetapi pandai bermain alat muzik? Tidak pandaikah orang itu jika tidak dapat menjawab teori fizik tetapi hebat dalam menendang bola? Tidak pandaikan mereka yang dikatakan tidak pandai mengikut kayu ukur peperiksaan?

Di mana nilai kita sebagai manusia? Siapa kita untuk mengatakan orang itu pandai atau tidak? Sejarah telah menunjukkan orang yang dikatakan 'tidak pandai' ini sebenarnya yang menggegar dunia. Albert Einstein, Thomas Edison, Bill Gates, Alexander Grham Bell adalah cebisan nama yang telah membuktikannya.

Sistem ekonomi sekarang juga telah melihatkan kepada kita yang 'tidak pandai' ini sebenarnya yang akan menjadi ketua, boss, manager dan pemimpin kepada yang 'pandai'.

Mengapa perlu kita diskriminasikan antara pandai dan yang tidak pandai? Tidak bolehkah kita menghargai, memberi pengiktirafan, dan memberi sokongan kepada mereka yang tidak pandai? Jika tidak, mengapa perlu kita memaksa yang 'tidak pandai' ini menjadi pandai mengikut acuan kita- acuan yang tidak sesuai untuk mereka?

Sebenarnya di dalam hidup ini tidak ada yang pandai, dan juga tidak wujud yang tidak pandai. Pandai atau tidak hanyalah ilusi dan berubah-ubah mengikut kayu ukur kita. Mana mungkin kita mengatakan seseorang fobia nombor sebagai pandai jika kayu ukur kita ialah ujian Matematik tambahan. Begitu jugalah mana mungkin kita mengatakan si kaki bangku sebagai pandai jika kayu ukur kita ialah perlawanan bola sepak.

Diri kita juga boleh menjadi pandai hari ini dan tidak pandai keesokan harinya. Semuanya bergantung kepada kayu ukur. Pandai atau tidak pandai adalah satu sikap yang prejudis terhadap mana-mana insan. Tidak perlu kita mengutuk sesorang itu tidak pandai sedangkan mungkin dirinya lebih pandai daripada kita dalam sesuatu perkara. Janganlah kita berlagak pandai takut-takut kita lebih bodoh daripada orang lain dalam perkara yang lain.

Yang ada dalam hidup ini hanyalah yang berani dalam meneruskan kehidupan. Yang berani inilah yang wajib kita iktiraf dan beri sokongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan