Rabu, Ogos 12

EGO DAN TIDAK BERTOLAK ANSUR KELEMAHAN YANG PERLU DIATASI SEGERA

Saudara dan saudariku, Di dalam dunia ini, walaupun kita hebat, kita berjawatan besar, kita ketua rumahtangga, kita bos di tempat kerja, kita merupakan ‘ayam tambatan’ organisasi kita, namun kita bukanlah hebat dari semua segi. Kita juga ada kelemahan.

Pepatah ada mengatakan bahawa:
Untuk maju kehadapan, kita perlu lihat orang yang berada di atas kita. Jika kita mahu bersyukur, lihatlah orang yang di bawah kita.

JANGAN TERBALIK. Jangan pula kalau kita ingin maju, kita lihat orang di bawah kita kerana pastinya kita akan sentiasa berasa bagus dan hebat lalu tidak perlu lagi berusaha.

Begitu juga jika kita ingin bersyukur, jangan pula melihat orang di atas kita. Sudah pasti kita tidak akan pernah syukur kerana kita sentiasa akan berasa sentiasa tidak cukup di dalam hidup ini.

Maka sebab itu, bertolak ansur lah dengan sesiapa pun kerana kita tidak hebat dari semua segi. Setiap orang ada kehebatan masing-masing. Kita saling perlu memerlukan dan lengkap melengkapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan