Ahad, Ogos 23

Dalam Cinta Harus Saling Percaya, Dalam Cinta Harus Berani Pasrah



Cinta mungkin telah jadi subjek asing bagi aku. Mungkin.

Tapi rasa aku yang mungkin itu ialah cinta dalam erti kata couple kot, sebab cinta aku kepada kemanusiaan itu tetap tebal. Maka darinya, manusia sama di mata aku - secara hukum.

Cinta, sama seperti hidup, perlukan rasa percaya dan pasrah. Aku pernah tulis bahawa aku bersetuju dengan Ustaz Hasrizal, perkahwinan adalah sinergi. Manusia berkahwin bukan sekadar persamaan mereka tapi bagaimana mereka menangani perbezaan. Entah kenapa, aku tegar percaya ini.

Percaya bukan satu hal mudah, tetapi tanpanya samalah seperti kau bina sebuah bangunan besar tanpa cerucuk yang kuat mengandal lantai.

Bila ada percaya, baru persoalan sinergi tadi muncul. Err, maksud aku persoalan bersetuju untuk tidak bersetuju dapat bergerak dalam kerangkanya. Haa, di sinilah kau harus pasrah. Kerana apa? Kerana kegoncangan itu tidak mesti mudah.

Tapi jangan terkejut kerana lain orang, lain cara menterjemah nilai ini. Ada yang menganggap apabila kita tidak bercerita padanya, maka kita tak percayakannya. Ada yang berpendapat, mendahulukan cerita padanya, atau bercakap khusus dengannya tentang sesuatu subjek akan menjadikan dia istimewa.

Semua di atas tidak salah. Tapi ia boleh menggoncang bila anggapan atau pendapat ini menjadi satu hukum pasti padanya.

Orang lelaki macam aku, atau mungkin hanya aku, sukakan konsep dan bukan hal terperinci. Orang seperti aku suka bercerita dan jarang bertanya. Tapi insyaAllah bila aku bertanya itu, aku akan ingat.

Tapi orang macam aku mungkin ramai tak suka. Perempuan suka bila mereka yang bercerita dan lelaki hanya mendengar. Kalau mahu respon pun mungkin kena please mereka, haha. Perempuan tak mahu kita berbeza dengan mereka. Dan aku cuba memahami dari tulisan Prof. John Gray - bahawa perempuan memang hanya mahu mendengar, tanpa respon.

Memahami perbezaan-perbezaan yang ada penting. Bila ia berlaku, kau tidaklah rasa perit sangat menerima realiti perhubungan kau. Bak kata Kay alias Den Carnal, "..dalam hubungan ni kau akan banyak rasa sakit, maka kau biarkan saja ia macam air mengalir. Kalau tak sabar mungkin bergaduh, dan di situlah hubungan tu akan mula rasa tak best".

Punya pendapat yang baik bukan beerti kita boleh hidup dengan pendapat yang kita beri. Untuk aku, itu cabaran karakter. Selalunya aku akan cabar diri aku untuk praktiskan apa yang aku percaya.

Oh ya, entah kenapa, aku rasa aku tidaklah istimewa bila berbuat sesuatu. Aku agak ralat bila dipuji. Ya, tentu saja aku bangga juga dengan pencapaian-kebaikan yang aku perbuat. Tapi entah kenapa, aku memang tak tahu bereaksi jika ada yang memuji lama-lama. Cukuplah katakan 'bagus' atau 'baik', tak perlu dilanjutkan panjang-panjang. Takut-takut kita buta: tidak nampak keburukan, maka di mana sinerginya?

Berbeza pendapat dengan aku bukanlah masalah besar, malah aku suka. Aku membina rasa percaya dari situ. Kerana jika kau boleh berbeza dengan aku tanpa sangka negatif, itu beerti kau sedia bersinergi dengan aku.

Mungkin di sini besarnya peranan sistem pesanan ringkas (sms)dan chatting di internet berbanding telefon?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan