Rabu, Disember 30

PERLU KE ADA EGO DALAM DIRI KITA


Assalamualaikum kawan-kawan...

pernah tak kawan-kawan dengar perkataan EGO?mesti pernah kan?..dan pernah tak kawan-kawan berhadapan dengan orang yang EGO??..atau kawan-kawan sendiri yang EGO??..

Menurut Cerdik pandai pada saya,katanya begini pada saya-
"2one,ego adalah persoalan karektor.karektor bermula dari didikan persekitaran yang tentunya bermula dari didikan awal..percayalah:ego adalah persoalan karektor".

Nabi saw bersabda:
"tiga pemusnah (amalan),kebakhilan yang ditaati,hawa nafsu yang diikuti, dan berasa AGUNG dan HEBAT dengan diri"- Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabrani.Hadis Hasan:Albani.

Rasulullah saw sentiasa memberi peringatan bahawa sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita.manakala dalam hal dunia,segeralah mereka melihat pada yang kurang bernasib baik.dengan itu kita akan senantiasa akan mensyukuri nikmat-Nya.

kadang-kadang ego itu perlu tapi gunalah kearah yang positif.biar kena pada tempat dan masanya,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan