Rabu, Disember 30

ADAKAH ANDA BERPENGARUH ATAU MUDAH DIPENGARUHI?


adakah anda akan tergugat dengan kata-kata orang yang seolah-olah ingin mengubah atau mempengaruhi penilaian,keputusan atau pemilihan anda terhadap sesuatu??
tambah-tambah orang yang berkata itu adalah orang yang kita kagumi/hormati/berpengaruh...yang ideanya sentiasa diambil pakai.

ini betul-betul menguji ketahanan mental dan hati anda....ketetapan anda terhadap sesuatu...agak susahkan??

tambahan pulak orang itu sentiasa berkata-kata tentang itu..setiap kali bertemu atau bersua atau berhubung,persoalan dan isu itu sentiasa diperkatakan dan ditimbulkan....

adakah ia akan menggugat kondisi anda??
huh...mencabar...
analoginya anda sudah lama bercadang untuk memiliki sebuah kereta..yang sudah lama anda idamkan...tetapi kereta itu tidak ada promoter.tiba-tiba datanglah seorang promoter motosikal yang agak terkenal dengan sikap kehandalannya dalam memancing pelanggan lah katakan...haha..dia ni tiap-tiap hari datang kepada anda untuk promote motosikal yang dijualnya...adakah anda tetap dengan pendirian anda untuk memiliki sebuah kereta atau sudah berubah untuk memiliki sebuah motosikal??

sama-sama kite fikirkan...ini berkaitan dengan pendirian kita..dan menguji sejauh mana ketegasan kita dalam membuat keputusan..DUGAAN.

Moral Cerita :
jadilah orang yang berfikiran terbuka,berlapang dada,tenang,dan cuba rasional dalam segala hal.anda kan jumpa jawapan/keputusan yang tepat.jangan terlalu emosional dan jangan cepat melatah.hidup ini banyak dugaan yang datang seolah-olah cuba mengubah aturan hidup kita.

dan sini kita dapat lihat betapa pentingnya pengaruh dalam hidup kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan