Rabu, Disember 30

KENALI SIAPA KAMI DEMI LEBIH FAHAMI APA KEHENDDAK KAMI.....




assalamualaikum kawan-kawan...apa khabar?semua sihat?...saya harap semuanye dalam keadaan baik-baik hendaknya.

kawan,
saya mahu kongsikan satu perkara dengan kalian iaitu tentang sifat lelaki.
dulu mase kecik-kecik,mse zaman berhingus lagi saya igt sifat lelaki sama sperti perempuan cuma bezanya jantina.bila saya masuk alam remaja baru saya tahu yang lelaki ada sifatnya yang tersendiri..walaupun saya lelaki...xsemestinya kami dari kaum yang sama perangai pun sama gak....so saya buat le sikit pemerhatian berdasarkan insan2 rapat dari kaum lelaki yang ada di sekeliling saya seperti abah, abang, pakcik2, rakan2, jiran tetangga dan insan2 lelaki yang saya kenal secara langsung atau tidak langsung

dalam diam saya suka memerhati dan mnganalisis orang di sekeliling saya....hehehe dalam diam ke dalam kecoh ek??..hehehehe..maklumlah saya ni suka bercakapah katakan..pok pek pok pek..susah tol nk tengok saya diam.wadoio vgawat..hehe..walaubagaimanapun saya kan cuba memperbaiki diri saya untuk jadi yang lebih baik.

sekarang saya mahu senaraikan sifat lelaki berdasarkan pemerhatian saya mungkin termasuk saya sendiri kot...jangan salah faham ye,saya bukan membuat kesimpulan tentang sifat lelaki tapi saya menyatakan sifat lelaki berdasar kan pemerhatian melalui kaca mata saya. saya tidak berani untuk membuat kesimpulan tentang mereka kerana kite tidak kenal hati budi mereka. saya hanya memandang dengan mata kasar sahaja..

jom kite lihat apa sifat mereka ini..hehehe..

pertama.
HIDUP LELAKI LEBIH MUDAH BERBANDING WANITA
kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disamapaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita..perempuan suka berkias ibarat dan berharap lelaki faham,tetapi lelaki lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara terus terang.

kedua.
BAHASA LELAKI ADALAH BERLAINAN
apa yang dikatakannya adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya.ini bukan bererti dia berbohong. maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya.lelaki tidak begitu pandai melahirkan rase hatinya dalam bentuk kata-kata.

ketiga
LELAKI SUKA MEMBISU
biasanya ,perempuan berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagi salah satu cara berhadapan dengan realiti,tetapi lelaki masih lebih suka untuk emnyembunyikan dan membisu...hmm penim2..

keempat.
LELAKI TIDAK KOMPLEKS
Haa..ini satu lagi masalah..secara rata-rata lah, perempuan suka sangat mengganggap lelaki .sebagai kompleks. tetapi sebenarnya..nk taw tak?..lelaki adalah mudah..simple,.am i right??ntah lah ini hnya sekadar berdasar pemerhatian je taw. lelaki xdelah gopoh dalam membuat keputusan dan tidak cepat panik dalam kebanyakan situasi walaupun sebenarnya gelabah gak tp mereka pandai mengawal keadaan.

kelima.
JANGAN PAKSA LELAKI
bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. maka saya syorkan adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sehingga ke akar umbi.lebih membaca bahasa badan mereka daripada bertanya..ok saya berikan contoh..jika dia pada kebiasaanya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau..terganggu atau aa masalah yang betul2 memusingkan kepalanya ..ye ke?ntahlah

keenam
LELAKI TIDAK SUKA DIKRITIK SECARA KETERLALUAN
ini juga salah satu sifat yang pernah saya perhatikan.kenapa ya??hmm..apa yang dapat saya katakan.jangan mengkritik melainkan jika anda bersedia untuk bertikam lidah dengannya.lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.saya rase lah kalo orang jenis ini cara yang baik untuk mengkritik ialah dengan jenaka dan lembut.mungkin elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian...ntah lah..


ketujuh
LELAKI DAN EGO
hmm..orang yang bersifat.no komen.xberani nk ulas..nanti menjerat leher an membuka pekung i aa senddiri..so pandai2 le pikir..kerana ego le lelaki kadang2 bertinak kurang rasional dari kebiasaannya...hahaha

kelapan
LELAKI SUKA MENYELERAK
hahaha..ni dah ramai yang tahu kan...mmg majoriti suka menyelerak..hai macam2...perempuan ada jugak yg mcmni kan?kan..kan??

pada para pembaca lelaki jangan marah taw...mungkin apa yang saya katakan di atas itu betul dan ada yang salah atau jauh terpesong..tapi INGAT SAYA BUKAN MENYIMPUL TENTANG SIFAT LELAKI kerana saya juga lelaki macam awk semua...bagi pembaca perempuan jangan pula jaddikan fakta ini sebagai modal untuk bertikam lidah ngan kaum sejenis saya tu....kami berfikiran terbuka ddalam menyatakan kelebihan dan kekurangan kami supaya insan2 ari kaum perempuan yang penting dalam hidup kami belajar sesuatu demi lebih mengenali kami untuk membentuk ikatan yang lebih erat alam hiup bersama kami....tapi hanya sekadar berdasarkan pemerhatian mata kasar sahaja...tidak semua yang begitu...samalah dengan perempuan ..ada perempuan yang baik , separa baik, xbaik dan sebagainya...dan sekali lagi saya nk igtkan kita xboleh menghakimi seseorang hanya sekadar berdasarkan pemerhatian atau luaran semata-mata..ini hanya sekadar perkongsian pemerhatian saya ..mungkin ia salah...jangan take serius taw..

nanti sy tulis ttg sifat perempuan plak..jangan bimbang .nanti kite ckp sal pmpuan lak..hhehhehehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan