Isnin, Disember 28

ANAK YANG HEBAT LAHIR DARI CARA ASUHAN IBU BAPA YANG CEMERLANG



SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda, mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang?

Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.
Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

"Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak," jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.

Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul
anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah. Sering dipukul akan menjadi pemukul

Moral Cerita
kita sekadar berkongsi satu lagi cerita yang mungkin selama ini
kita abaikan kepentingannya.Dipukul.diherdik.ditengking.dihina.digertak.
satu lagi proses mendidik yang turun temurun.

DIKATAKAN : BAGAIMANA MAKAYAH KITA MENDIDIK KITA
BEGITU KITA AKAN MENDIDIK ANAK2 KITA.sejauhmana perubahan hari ini
memerlukan perubahan pendekatan.

Ayah dulu2
ayah memang seorang yang boleh dikelompokkan sebagai seorang ayah ala2 Saddam Hussein.pendekatannya keras.hasilnya.kami kadang2 sampai kehari ini macam ITIK DAN AYAM.

dalam bahasa akademiknya ini dinamakan CARTA SIKAP

ayah telah membentuk satu identiti @ titik hitam. melintas namanya cukup untuk mengambarkan sikapnya dahulu.walaupun zahirnya TIDAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan