Khamis, April 1

TERIMA KASIH KERANA BERIKU MASALAH UNTUK AKU CUBA SELESAIKAN


Optimisme adalah memandang hidup ini sebagai persembahan terbaik.
Tidak ada sesuatu yang terjadi begitu saja dan mengalir sia-sia.
Pasti ada tujuan.Pasti ada maksud. Masalah Adalah Hadiah.

Bila anda menganggap masalah sebagai beban,anda mungkin akan menghindarinya atau menjauhinya. Bila anda menganggap masalah sebagai halangan, anda mungkin akan menghadapinya.

Namun, masalah adalah hadiah yang dapat anda terima dengan suka cita.
Dengan pandangan tajam, anda melihat kejayaan di balik setiap masalah.
Masalah adalah anak tangga menuju kekuatan yang lebih tinggi.

Maka, hadapi dan ubahlah menjadi kekuatan untuk kejayaan anda.
Tanpa masalah, anda tak layak memasuki jalur kejayaan. Bahkan hidup ini pun masalah,
kerana itu terimalah sebagai hadiah. Hadiah terbesar yang dapat diberikan oleh ibu helang pada anak-anaknya bukanlah serpihan-serpihan makanan pagi.

Bukan pula, dakapan hangat di malam-malam yang dingin. Namun, ketika mereka melempar anak-anak itu dari tempat yang tinggi.Detik pertama anak-anak helang itu menganggap induk mereka sungguh keterlaluan, menjerit ketakutan, matilah aku.

Beberapa ketika kemudian, bukan kematian yang mereka terima, namun kesejatian diri sebagai helang, iaitu terbang. Bila anda tak berani mengatasi masalah, anda tak kan menjadi seseorang yang sejati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan