Rabu, April 28

PENTINGNYA SESEKALI JADI PENDENGAR YANG BAIK..


Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama
seperti dia perlukan makanan.
Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan.
Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi.
Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar
akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak.
Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya.
Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.

Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga
menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:
“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya.
Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.

Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.
Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang “memberi”…
Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan.
Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat.

Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik,
kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. Malangnya, kebanyakan manusia
lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain. Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli.

Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan.Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam.
Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh.Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat.bahkan mampu mendengar seluruh
pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

dari blog : ustaz pahrol

Moral Cerita
ini satu lagi kemahiran yang kita abaikan MENDENGAR..tuhan jadikan satu mulut
dua telinga untuk kita banyak memdengar. SATU SKILL YANG DIABAIKAN
percayalah ketidakmahuan kita mendengar menjadikan satu lagi hal yang
menjadikan kita semakin tidak penting dalam kehidupan orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan